in

Mungkir Perjanjian Pinjaman, Jovian Mandagie Diarah Bayar RM10 Juta Kepada 2 Syarikat

Jovian Mandagie Kena Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie telah diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk membayar RM10 juta kepada dua syarikat dalam kes saman membabitkan pinjaman persahabatan.

Menurut Harian Metro, berdasarkan dokumen yang diperoleh media, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin membuat keputusan itu pada 2 dan 4 April selepas membenarkan permohonan Bina Pragmatik Sdn Bhd dan Cekap Air Sdn Bhd untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Jovian.


06150006 Story Image

Tetuan Saiful, Roger & Co yang mewakili kedua-dua syarikat juga mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Jovian telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 30 April lalu.

Artikel berkaitan: “Terima kasih semua” – Jovian Mandagie Tamat Operasi 2 Jenama Fesyen Selepas 17 Tahun Dalam Industri

Artikel berkaitan: “Tuhan ada rancangan lebih baik” – Netizen Terkejut Jovian & Nina Sudah Bercerai Sejak Ogos

Gagal bayar wang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan 

Jovian difahamkan telah disaman secara berasingan oleh kedua-dua syarikat pada 16 Mei 2023 selepas didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan.

Pernyataan tuntutan menyatakan yang Jovian adalah kenalan kepada Pengarah Cekap Air iaitu Yong Zhen Wei dan Pengarah Bina Pragmatik iaitu Azirul Salihin.

Cekap Air mendakwa ia telah meminjamkan RM5 juta kepada Jovian atas permintaan lisan ahli perniagaan itu pada 25 Februari 2022 dengan memindahkan wang ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili pereka fesyen berkenaan.

553 3

Bina Pragmatik pula mendakwa ia telah meminjam RM5 juta kepada Jovian sebulan selepas itu (25 Mac 2022) dengan memindahkan wang dengan cara yang sama.

Menurut kedua-dua syarikat tersebut, firma guaman berkenaan telah mengesahkan menerima wang tersebut. Pinjaman itu juga pula perlu dilunaskan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Mereka juga mendakwa pinjaman itu dilakukan secara lisan dan kasual kerana plaintif dan defendan adalah kenalan dan tidak ada sebab untuk meragui Jovian kerana pereka fesyen itu mempunyai beberapa perniagaan.

Ketika itu juga, Jovian merupakan menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun kedua-dua plaintif mendakwa defendan telah memungkiri perjanjian pinjaman berkenaan dan sehingga kini gagal membayar semula atau pulangkan kembali wang berkenaan hingga menyebabkan mereka alami kerugian.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Tatler
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.