Musim persekolahan bagi tahun 2022 baru sahaja bermula beberapa minggu yang lepas. Mesti ramai ibu bapa yang excited tengok anak-anak masuk darjah satu dan tak kering gusi kita dengar kisah mereka yang baru masuk sekolah ni.
Macam yang berlaku baru-baru ini di Indonesia apabila gelagat seorang kanak-kanak sekolah menjadi perhatian ramai apabila tertidur di dalam laci meja sekolah.
Memetik laporan dari Dream.co.id, video kanak-kanak sekolah rendah itu telah tular setelah dikongsikan di platform media sosial TikTok ceps_isep.
@ceps_channel Si Kecil Tertidur di kolong bangku sekolah ??#fyp #tidur #fypシ
Dapat dilihat dalam video terbabit, saiz meja sekolah itu agak panjang, mungkin sebab itu lah kanak-kanak ini boleh memuatkan dirinya dalam ruang berkenaan.
Kanak-kanak yang memakai baju seragam sekolah berwarna coklat itu turut dilihat sangat nyenyak tidur hingga tidak terganggu walaupun ada suara bising di dalam kelasnya. Mungkin dia penat sangat kot belajar, tu yang tak boleh tahan dah tu.
Video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada kalangan netizen di mana rata-ratanya terhibur dan teringatkan kenangan zaman sekolah masing-masing.
Ada yang bergurau dan mengatakan tindakan kanak-kanak itu patut disokong sebab sekolah kan tempat untuk pelajar menggapai mimpi.
Dalam masa yang sama, ada juga yang risau takut budak tu tak terjaga daripada tidur walaupun waktu sekolah dah tamat dan sekali gus dia mungkin terperangkap dalam kelas jika pintu dikunci oleh pengawal keselamatan.
Betul jugak tu, mungkin lepas ni, cikgu sekolah rendah atau tadika kena panggil dulu nama pelajar sebelum benarkan dorang balik sebab takut ada yang tertidur macam adik ni jugak.
Sumber: Dream.co.id, TikTok @ceps_isep
Baca: 10 Persiapan Penting Ibu Bapa Bagi Anak Yang Bakal Naik Darjah Satu Bulan Depan