in

“Mungkin suatu hari kelak…” – Rakan Artis Kongsi ‘Malique’ Berhasrat Buat Konsert Sendiri

ft malique mungkin muncul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini, tiada siapa tahu keberadaan penyanyi rap Malique atau nama sebenar, Cairel Adrin Ibrahim. Biarpun dah mengeluarkan single terbaru yang berjudul Sedih Hati, dia masih memilih untuk berada di belakang takbir dan menampilkan anak sulungnya, Inca Medina, 14, dalam video muzik lagu yang meledak itu.

Berdasarkan laporan Harian Metro, ada kemungkinan Malique kini semakin terbuka kerana dia yang sebelum ini begitu tegas menjaga privasi ini mula menunjukkan anak sulungnya.


Bercakap mengenai menjaga privasi, ada yang mengandaikan Malique sentiasa menyarung topeng, bertopi atau memakai ‘hoodie’ bagi mengelak dirinya dilihat ketika melakukan rutin harian.

Artikel Berkaitan : “Sebijik macam ayah dia” – Netizen Terpegun Tengok Wajah Anak Penyangi Rap Lagenda Malique Too Phat

Artikel Berkaitan : “Ada masa sedih, ada masa seram” – Lagu Baru Malique ‘Remix’ Mona Fandey Undang Pelbagai Reaksi Netizen

 

Dah mula rasa nak buat persembahan

Ura-ura mengatakan bahawa Malique mungkin sudah semakin terbuka apabila sumber menemuramah pemain gitar, Rizal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Riz Metalasia yang mula bekerjasama dengan Malique pada tahun 2012 menerusi lagu Teman Pengganti.

Riz yang turut muncul dalam video muzik Sedih Hati mendedahkan Malique pernah menyuarakan angan-angan untuk mementaskan persembahan.

Screenshot 2023 09 11 173558

“Malique pernah cakap teringin buat ‘show’… Itu angan-angan dia. Kita tunggu sahaja bila perkara itu akan terjadi. Ramai orang tunggu Malique pentaskan konsert dan rindukan dirinya.”

“Soal sikap Malique yang semakin terbuka apabila tampilkan Inca dalam muzik video itu, tidak nafikan. Jika tidak, sebelum ini, jangan harap dapat tengok wajah anak-anaknya.”

Bagi menjawab persoalan dan mengubati kerinduan peminat, Riz menjelaskan bahawa Malique masih sama, muda dan sihat seperti dulu.

“Ramai yang hendak tahu keadaan Malique sekarang. Malique masih tampak muda dan sihat, muka pun masih sama macam dulu.”

“Malique tegas, setiap kali rakaman lagu baharu, dia sentiasa ada. Awal-awal dahulu, kami rakam lagu di rumahnya sahaja. Namun, apabila anak-anak sudah membesar, barulah kami buat kerja di Qamar Studios.”

“Malique tahu apa yang dia mahu. Dia sangat terbuka terima idea orang. Kalau saya ada idea, saya bagi. Kami bekerja secara berpasukan, setakat ini, saya seronok bekerja dengan Malique.”

Screenshot 2023 09 11 173539

Jelasnya lagi, biarpun bekerjasama, kalau nak lepak dengan Malique di tempat awam seperti kedai mamak, memang agak mustahil.

“Perkara seperti itu takkan berlaku. Cubalah Google foto Malique di internet, takkan jumpa wajah terkininya. Sikap itu (hidup di belakang tabir) menjadikan dirinya ‘mahal’ (eksklusif).” 

Dalam pada itu, penyanyi rap Kmy Kmo, pernah bernaung di bawah syarikat rakaman Malique ketika bersama kumpulan Nukilan, berganding dengan Zizi Kirana dan Afif Tirmizie, dia pernah bertanya kepada komposer itu tidakkah teringin melakukan konsert.

“Tipulah jika saya tidak ambil kesempatan berjumpa Malique untuk bertanya kenapa dia tidak buat konsert.”

“Ketika itu, 2015, Malique cakap mungkin suatu hari kelak, dia akan buat konsert. Namun, dia sendiri tidak pasti bila.”

Jelas Kmy, Malique seorang yang begitu terbuka dalam menerima idea orang, namun begitu, Malique begitu tegas dalam hasil kerjanya dan menyatakan Malique seorang yang perfectionist.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.