Mesti ramai perasankan yang pembedahan plastik, suntikan vitamin serta implan bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam masyarakat pada masa kini. Trend ini tidaklah terbatas kepada golongan wanita sahaja malah ia turut menjadi ikutan para lelaki di luar sana dengan alasan untuk tampil lebih tampan dan cantik.
Tapi korang tahu tak, terdapat beberapa trend pembedahan plastik yang mungkin tidak popular di seluruh dunia, tapi popular kepada satu-satu negara sahaja. Ini kerana bagi penduduk di negara tersebut trend itu dianggap sebagai simbol kecantikan.
Hari ini min akan kongsikan beberapa ‘simbol kecantikan’ yang pastinya akan memukau minda korang, jom!
Bibir Tanduk Kerbau
Kebiasaanya bila bercakap mengenai pembedahan plastik bagi bibir, orang akan terus teringat Angelina Jolie atau Scarlett Johansson, kerana kedua-dua bintang Girl, Interrupted dan Black Widow itu mempunyai bentuk bibir yang menjadi idaman ramai.
Tak dinafikan diorang memang cantik, jadi semuanya nampak perfect la…
Tapi lain pula untuk trend yang dikenali sebagai trend bibir tanduk kerbau yang amat popular di Thailand bermula pada tahun 2012.
Trend tersebut yang juga dikenali sebagai krachap lips merujuk kepada haiwan itu dalam bahasa Thailand kerana bentuk bibir yang diidamkan berupa tanduk kerbau.
Bagi mendapatkan bentuk bibir tersebut, bahagian atas bibir akan dipotong menjadi nipis supaya apabila tersenyum, bahagian atas bibir tidak akan kelihatan
Sungguhpun tiada latar masa yang tepat tentang perkembangan trend itu, namun ia dikatakan mula menjadi perbualan ramai sejak dari tahun 2009 lagi apabila mereka berkeinginan untuk kelihatan menarik seperti pelakon Thailand, Patcharapa “Aum” Chaicua.
Angelina Jolie who? Rupanya masyarakat di Thailand lebih berminat dengan bibir yang nipis!
Trend Gigi Taring
Apabila bercakap mengenai gigi pula, rata-rata ramai mengidamkan gigi yang putih bersih serta tersusun rapat kerana ia seringkali dikaitkan dengan dapat menambah seri kepada wajah individu.
Tapi tidak bagi masyarakat Jepun, kerana mereka terkenal dengan trend Yaeba yang merujuk kepada ‘berlapis’ atau ‘gigi berlapis’.
Untuk mendapatkan gigi itu, bahagian gigi taring akan ditolak dari belakang bagi mewujudkan kesan ketara taring itu.
Kalau di kebanyakkan negara, sejumlah wang banyak dihabiskan bagi memasang pendakap gigi, tapi di Jepun mereka sanggup membelanjakan sekurang-kurangnya $390 iaitu lebih kurang RM1600 hanya untuk mendapatkan sepasang gigi itu.
Walaupun wujudnya penggunaan gigi taring palsu, namun pemasangan gigi itu tidak kekal lama.
Gigi taring menjadi kegilaan ramai kerana bagi mereka ia membuatkan si pemilik kelihatan manis dan muda selain menjadi pilihan para lelaki kerana senyuman wanita itu akan kelihatan seperti kanak-kanak.
So kalau nak ada gigi taring ke berlapis ke, jangan rasa rendah diri. Korang kena fly pergi Jepun je…
Dahi flowerhorn
Bagi kaki mancing mesti tau kan ikan flowerhorn kerana untuk mengenali ikan itu tidaklah susah, hanya perlu lihat daripada dahinya yang kembung itu.
Percaya tak, walaupun rupa bentuk ikan itu dianggap aneh, namun masih ada yang tertarik untuk meniru figure ikan itu.
Ya, suatu masa dahulu trend mengembungkan dahi menyerupai haiwan itu dianggap menarik.
Trend ini popular di Jepun sejak tahun 2007 lagi dalam kalangan penggubahsuai badan (body modification)
Bagi mendapatkan rupa paras seperti itu, individu akan disuntik menggunakan suntikan saline di bahagian dahi mereka. Suntikan itu juga merupakan sejenis garam.
Min tak pastilah sama ada suntikan tu boleh dibuang ke tak, kalau tak apa agaknya jadi dekat diorang sekarang?
Implan mata
Trend bertindik bukanlah sesuatu yang asing lagi, kerana ia dianggap satu perhiasaan bagi kebanyakkan orang.
Kebiasaannya kita nampak orang letak perhiasan seperti tindik itu di muka, badan dan telinga tapi berbeza pula buat trend extraocular implant yang diasaskan di Belanda ini.
Bagi peminat trend ini, mereka sanggup mengenakan perhiasan di bahagian mata putih mereka.
Ish, kalau silap tu boleh buta tau! Ingat mata ni benda main ke!
Perhiasan tersebut berasal daripada bahan platinum yang mempunyai pelbagai bentuk antaranya hati, dan bintang.
Trend ini bermula sekitar tahun 2002 dan menelan kos sebanyak EUR750 iaitu lebih kurang RM3600 bagi melakukan prosedur tersebut.
So ada tak antara trend ni yang korang rasa nak try? Boleh share dengan min...
Sumber : Medical Bag, Blog, dailymail, Odditycentral
Baca : Gilakan Kelainan, Wanita Ubahsuai Lidah Dan Lukis Tatu Pada Anak Mata