in

“Mungkin dia nak keluar tapi…” – Kes Budak Maut Tertinggal Dalam Van Sekolah, Bapa Mahu Keadilan Buat Anak

kanak kanak van sekolah maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Selasa lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai ditinggalkan dalam van sekolah di Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Mangsa, Yu Zie, dipercayai tertidur dalam sebuah van sebelum disedari tidak sedarkan diri kira-kira jam 12 tengah hari, selepas lima jam ditinggalkan.


Susulan itu, bapa mangsa, Teo Jia, 37, berharap keadilan dapat ditegakkan buat anaknya.

51746089366 VanSekolah

Artikel berkaitan: “Terlupa ada dkt seat belakang” – Kanak-Kanak 3 Tahun Maut, Pengetua Tadika Tertinggal Dalam Kereta & Hanya Sedar 5 Jam Kemudian

Artikel berkaitan: Ramai Minta Haramkan Cermin Gelap Untuk Elak ‘Anak Tertinggal’ Dalam Kereta, Ini Respon Anthony Loke

“Mungkin dia nak keluar tetapi tidak berjaya” 

Menceritakan apa yang berlaku, bapa mangsa berkata, dia dan isteri hanya dimaklumkan akan kejadian berkenaan apabila menerima panggilan daripada guru tadika kira-kira jam 1 tengah hari yang meminta mereka segera ke hospital swasta.

Cikgu telefon suruh saya dan isteri datang segera ke hospital swasta berhampiran rumah kerana anak dalam kecemasan.

“Apabila sampai, anak saya sudah terbaring kaku. Doktor cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Yu Zie yang merupakan satu-satunya anak kami,” katanya kepada wartawan semalam.

Menurutnya, Yu Zie menaiki van dari rumah mereka di Taman Bukit Indah pada jam 7.15 pagi dan biasanya akan tiba di tadika pada jam sekitar 8.15 pagi.

Namun apa yang membuatkannya terkilan, apabila anaknya dikatakan ditemui tak sedarkan diri di bahagian pintu van terbabit.

Teo Jia juga yakin anaknya sudah berusaha untuk keluar daripada van berkenaan tetapi gagal.

Mungkin anak saya tertidur ketika itu, pemandu van mungkin tidak menyedarinya. Kira-kira jam 12 tengah hari anak saya ditemui sudah tidak bernyawa di bahagian pintu van, mungkin hendak keluar tetapi tidak dapat. 

“Saya kecewa, sepatutnya pemandu van periksa betul-betul dan pastikan semua budak turun dahulu sebelum boleh tutup pintu atau beredar,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak tadika juga didakwa cuai kerana sepatutnya menyemak kehadiran jika ada kanak-kanak yang tidak hadir, lalu bertanya kepada ahli keluarga mengenai keberadaan anak-anak tersebut.

Teo yang juga bekerja di Singapura berharap pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas apa yang berlaku. Katanya, dia tidak mahu perkara yang serupa berlaku kepada anak orang lain pula.

Jenazah mendiang Yu Zie akan dikebumikan di Nirvana Memorial Park Christia Kong Kong, Masai.

Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Takziah. 

Sumber: Astro AWANI, Harian Metro

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.