in

“Munasabahlah” – Wanita Tegaskan Kenapa Gaji Fresh Grad Patutnya RM3000 – RM3500

ft gahi fresh grad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan isu berkenaan dengan jumlah gaji minima buat graduan muda. Perkara ini diajukan sendiri pengedali TikTok sebuah universiti awam yang bertanya hal ini kepada mahasiswa ketika majlis graduasi.

Ada antara mereka yang menjawab gaji yang sepatutnya seorang lepasan nahasiswa wajar perolehi adalah di antara RM2,000 ke RM2,500 namun rata-rata menjawab sehingga RM3,000 ke RM3,500, bahkan ada juga yang menjawab mencecah RM5,000 untuk graduan muda.


Artikel berkaitan: Tuduh Penjual Tolak Rezeki, Gen Z Bergaji RM1,700 Kecewa Tak Dapat Beli Honda Civic RM163,000

Artikel berkaitan: “Tak ada guna kalau…” – Fresh Graduate Impi Gaji Permulaan RM5,000 Cetus Bualan Ramai

Ia pastinya mengundang pelbagai reaksi netizen yang mana rata-rata mengecam para graduan ini dan membandingkan ia dengan situasi mereka terdahulu. Namun begitu, seorang TikToker yang sering membuat perkongsian mengenai perihal kerja ini anggap ia satu perkara munasabah.

Dalam masa yang sama dia juga menegur mana-mana golongan yang terlalu suka membandingkan zaman dahulu dan sekarang.

“Kalau awak rasa hidup ni competition, siapa yag paling susah, dia lah yang menang, sampai ke sudah lah, gaji kita memang akan kekal je, rendah sampai bila-bila.”

“Dalam konteks ini saya rasa munasabah je graduan muda minta gaji RM3,000, sebab apa? Sebab 10 tahun lepas, kalau ktia tengok, jumlah biasa untuk gaji fresh grad dalam pasaran masa tu lah dalam RM2,000 ke RM 2,500.”

@kerjazz

Teruskan bagi kesedaran kepada syarikat-syarikat kat luar sana untuk berikan gaji yang bermaruah kepada pekerja. Sampai bila nak masih di takuk yang lama? Boycott je lah company yang still bayar gaji bawah pada average gaji market. Graduan yang berkualiti layak dapat gaji yang bermaruah. #kerjazz #malaysia #viral #fypシ #foryou #kerja #worklife #gaji #tiktokmalaysia #aktakerja1955 #relatable #fyp #xyzbca #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Adalyna – Adalyna

Tegasnya lagi, kos sara hidup kini makin tinggi dan ia satu perkara normal jika gaji minima itu juga jadi makin bertambah. Wanita ini juga turut mempersoalkan bahawa agak susah negara kita untuk menjadi negara yang mempunyai pendapatan tinggi jika perkara sebegini masih lagi berlanjutan.

Namun begitu, dia bersetuju jika ada lepasan universiti yang meletakkan gaji sebanyak RM5,000 itu agak melampau. Namun untuk mereka yang memberikan cadangan gaji RM3,000 ke RM3,500, ia adalah jumlah yang wajar.

Pandangan korang macam mana?

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.