in

“Munafik korang ni” – Sajat ‘Sound’ Individu Beli Kek Tapak Kuda Guna Barang Boikot

Ft Sajat Tak Suka Kek Tapak Kuda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, kek tapak kuda sedang trending dan menjadi dambaan orang ramai di TikTok. Dilihat ramai yang terkejar-kejarkan menu tersebut sampaikan sanggup menunggu waktu tempahan dibuka memandangkan ianya terhad.

Sudah semestinya ia akan membuatkan ramai orang jadi teringin untuk mencubanya, tapi bukan pada Sajat. Baginya kehangatan kek tapak kuda ini adalah satu perkara yang merepek.


Artikel berkaitan : “Sayang nak pakai sebab bau mak kita” – Sajat Sebak Terima Bungkusan Baju Kurung Mak

Artikel berkaitan : Sajat Buka Mulut Isu Adik Beradik Didakwa Tak Jaga Ayah, Mohon Jangan Lagakan Dengan Keluarga

Jelasnya, sebagai anak perantauan, dia lebih gemar makanan tradisional seperti kuih muih dari Malaysia memandangkan dia kini menetap di Australia.

Baginya, makanan manisan seperti itu ada banyak di negara tersebut, malah jelasnya makanan tradisi negaranysa tidak sepatutnya dilupakan.

Dalam pada itu, Sajat juga turut menemplak mana-mana pembeli Kek Tapak Kuda kerana ianya mengandungi ramuan berjenama terkemuka yang kini sedang diboikot.

“Aku tak teringin nak makan Tapak Kuda, aku teringin nak makan kuih koci, lepat pisang, kuih melayu sebab tapak-tapak macam tu dekat sini berlambak.”

“Aku lebih suka makan kuih-kuih macam Badak Berendam, macam tu aku sanggup buat, kalau korang suruh aku buat, aku sanggup cari barang, bahan, aku keluar 1 jam lebih untuk cari bahan.”

“Tapi setakat Tapak Kuda kau tu, yang memang kau makan memang dah confirm akan kencing manis, lepastu pula engkau kata jangan tu tapi kau letak N*tella bagai, tu bukan brand tu ke, munafik korang ni.”

@jen.rjane

Masak biasa-biasa je 😋 #nursajat237 #sajat #sajatlive #sajatmasak #nursajat @nursajat kamaruz zaman @nursajat23

♬ original sound – 𝓳.𝓻𝓳౨ৎ – 𝓳.𝓻𝓳౨ৎ

Ramai netizen bersetuju dengan pendapat Sajat dalam hal ini, ada netizen juga menegaskan bahawa pembeli ada pilihan untuk memilih perisa lain tetapi tetap menggunakan jenama yang diboikot itu.

Sajat Bebel

Bagaimanapun, Sajat menjelaskan bahawa jika dipelawa untuk merasai juadah viral itu, dia terbuka untuk menikmatinya tetapi jika diminta untuk buat dalam sesi live, dia memilih untuk tidak lakukannya.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.