in

“Mula-mula topi timbul, lepas tu kasut…” – Lelaki Kongsi Detik Cemas Selamatkan Budak 9 Tahun Jatuh Lubang Kumbahan

lubang kumbahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki bernama Muhammad Arsyad Jahaya, 35, menjadi wira tidak didendang apabila sanggup menyelam ke dalam lubang kumbahan untuk mengangkat keluar murid Tahun Tiga, Abdul Fattah Khairul Rizal, yang terjatuh dalam kejadian menyayat hati pada Sabtu lalu.

Menurut Arsyad, kejadian itu berlaku ketika dia hadir ke sekolah berkenaan untuk acara sukan anaknya sebelum seorang guru meminta bantuannya kerana mengetahui dia pandai berenang.


“Pada mulanya saya teragak-agak nak turun sebab air dalam lubang tu nampak tenang saja, macam tak ada apa-apa berlaku.

“Tapi bila saksi sahkan memang betul ada murid jatuh, saya terus nekad untuk menyelam,” katanya.

lubang kumbahan
Muhammad Arsyad Jahaya menjadi wira tidak didendang selepas menyelamatkan Abdul Fattah Khairul Rizal, 9, yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di Seremban.

Artikel berkaitan: Murid 9 Tahun Maut Jatuh Dalam Lubang Kumbahan, KPM Arah Siasatan Segera

Artikel berkaitan: Berkedalaman 1.8 Meter, Murid Tahun 3 Maut Jatuh Dalam Saluran Kumbahan Di Sekolah

Arsyad yang bekerja sebagai juruvideo menjelaskan, air dalam lubang kumbahan itu sedalam hampir dua meter serta berbau busuk dan gelap.

“Mula-mula saya jolok guna kayu, tiba-tiba topi arwah timbul, lepas tu kasut dia pula timbul. Masa tu memang sah dia ada di bawah. Saya terus menyelam, pegang tubuh kecil tu dari bawah ketiak dan tolak ke atas untuk disambut orang di atas.

“Waktu saya angkat, rasa macam pegang sekeping kertas. Sangat ringan, tak macam angkat orang. Saya percaya Allah mudahkan urusan saya, mungkin ada malaikat yang tolong,” katanya sebak.

3288160
Mangsa yang juga anak kepada YDP PIBG sekolah berkenaan dipercayai terjatuh ketika memijak penutup lubang jenis fiber di kawasan sekolah semasa kejohanan olahraga berlangsung sekitar jam 9 pagi.

Dia turut berkongsi bahawa dirinya masih dalam proses pemulihan selepas terbabit dalam kemalangan bulan lalu yang menyebabkan kecederaan di bahagian rusuk. Namun, ketika kejadian itu berlaku, dia langsung tidak merasa sakit.

“Saya fikir kalau tunggu bomba datang mungkin lambat, jadi saya terus bertindak. Cuma saya terkilan sebab tak dapat selamatkan arwah dalam keadaan masih bernyawa. Kalau saya orang pertama yang tahu, mungkin dia masih hidup,” katanya lagi.

Arsyad dalam masa sama berharap agar orang ramai tidak menuding jari kepada pihak sekolah, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.