in

“Muka berseri lepas 4 minggu!” – Ini Sebab Kenapa Ramai Bertukar & Gunakan Moisturiser Neutrogena

Neutrogena Hydro Boost Image

Kulit muka yang kering pastinya menjadi masalah bagi ramai orang di luar sana terutamanya wanita. Pastinya, memiliki wajah yang sihat dan menawan merupakan impian ramai dan disebabkan itu juga, ramai yang berani cuba bermacam-macam jenis skincare untuk mengatasi masalah tersebut sehingga ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit. 

Sebenarnya, kita mampu mengurangkan kesan dan kembalikan kecantikan wajah, cuma kena mengenal pasti punca kulit kering terlebih dahulu serta cara yang betul untuk mengatasinya.

Wepik Photo Mode 20221025 162519

Faktor menyebabkan kulit kering

Perlu diingat, ada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kulit wajah kita menjadi kering, salah satunya adalah faktor cuaca

Pendedahan kepada sinaran matahari untuk tempoh yang terlalu lama boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan kulit dan ini akan menjejaskan kelembapan kulit serta menyumbatkan pori-pori kulit dengan kotoran.

Selain itu, kerja untuk jangkamasa yang panjang dan tekanan di tempat kerja boleh menyebabkan perubahan pada kulit. Menurut jurnal kesihatan, tekanan emosi boleh menjadi punca kepada penyakit kulit seperti psoriasis dan dermatitis.

Jeshoots Com 2Vd8Lihdnw Unsplash

Walaupun kulit kita ni ada keupayaan untuk melembab secara semulajadi, keupayaan ini sedikit sebanyak akan terjejas apabila skin barrier atau penghalang kulit ini menjadi lemah oleh faktor-faktor yang disebutkan awal tadi dan menyebabkan ia sukar untuk mengekalkan kelembapan, yang menyebabkan kepada kekeringan dalaman yang mendalam.

Penggunaan pelembap untuk bantu kulit

Disebabkan cuaca di negara kita biasanya panas dan boleh merosakkan kulit sekiranya terdedah untuk tempoh yang lama, jadi agak penting untuk kita setidaknya menggunakan pelembab muka yang sesuai.

Jadi, ada ke produk yang boleh meningkatkan keupayaan kulit untuk menghidrat sendiri atau  pelembab yang mampu mengatasi punca kekeringan?

Antara yang min sarankan adalah, Neutrogena Hydro Boost Water Gel yang boleh membantu untuk mencapai kulit gebu berseri yang tahan lama.

315205126 5502878633163913 7801828581446711507 N

Apa yang best dekat Neutrogena Hydro Boost Water Gel ni ialah :

  • 5x lebih lembab*
  • Memberikan 80% kelembapan kulit*
  • Mengekalkan kelembapan kulit sehingga 72 jam
  • Diperkayakan dengan bahan semulajadiHyaluronic Acid, Amino Acid, Electrolytes
  • Ringan – tekstur gelnya mudah menyerap kedalam kulit.
  • Sesuai dengan semua kulit. 

*Berbanding kawalan yang tidak dirawat.Berdasarkan kajian klinikal yang dilakukan di SGS Stephens, Phoenix.

Img 4705 E1669365305977

Kalau nak tahu, Neutrogena Hydro Boost Water Gel terbukti secara klinikal untuk merangsang kulit untuk menghasilkan asid hyaluronik secara semulajadi dan boleh menghidrat secara mendalam sehingga 72 jam

Selain itu, Asid Hyaluronik, Elektrolit dan Asid Amino ialah komponen utama Faktor Kelembapan Semulajadi (NMF) kulit dan penting untuk mengekalkan penghidratan dan keanjalan kulit dan pastinya korang boleh dapatkan kulit lembap, gebu dan anjal dalam 4 minggu!*

*Berdasarkan kajian klinikal yang dijalankan di SGS Stephens, Inc., Pusat Penyelidikan Phoenix dan Pusat Penyelidikan Dallas, 38 peserta menyelesaikan kajian itu pada Dis 2021 hingga Jan 2022 di Amerika Syarikat.

Paling menarik, produk  Neutrogena Hydro Boost Water Gel juga didatangkan dengan pek isian semula berbanding jar biasa, Neutrogena 19% lebih jimat plastik, manakala pod isian semulanya membantu menjimatkan 89% penggunaan plastik!

Image3

Oh sebelum terlupa, untuk tempoh terhad, korang boleh dapatkan Neutrogena® Hydro Boost™ Hyaluronic Acid Water Gel Bundle Pack dengan harga istimewa di Shopee dan korang boleh dapat penjimatan 20% bila beli pek isian semula ni!

315557356 5502848573166919 8868413677188063896 N E1669006496867

Tunggu apa lagi? jom dapatkan semula kulit yang lembab, gebu dan anjal dengan Neutrogena Hydro Boost Water Gel. Dapatkan diskaun sehingga 30% untuk pakej penghidratan Neutrogena terpilih pada 12.12 dan 13.12!

Sumber: Freepix
Sumber: Unsplash
Sumber: Neutrogena
Sumber: Neutrogena
Sumber: Neutrogena