in

Mufti WP Jelaskan Kenapa Hukum Beli Android Box Boleh Jadi Haram

Ft Hukum Pakai Android Box

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai orang menggunakan menggunakan android box sebagai alternatif untuk menonton siaran-siaran lain dengan mudah, malah ada yang boleh menonton siaran dari luar negara.

Namun begitu, hari ini laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan ada menjelaskan hukum manggunakan android box itu, hukumnya harus, tapi boleh jadi haram kalau….Baca penjelasannya di bawah ini.


 

Jenis Android Box

Android box ada 2 bentuk siaran iaitu siaran berbayar dan siaran percuma. Namun begitu, timbul isu syariah bagi kategori siaran berbayar yang sepatutnya pengguna bayar terlebih dahulu untuk mendapat akses siaran tersebut.

Bagaimanapun, terdapat keadaan di mana pengguna peranti tersebut mendapat akses kepada siaran berbayar tanpa melanggannya yang seterusnya menyebabkan kerugian kepada syarikat penyiaran.

 

Boleh jadi haram kalau..

How Does An Android Tv Box Work

Permasalahan ini berkait rapat dengan hak cipta, penyiaran dan seumpama dengannya dimana ia adalah merupakan hak yang diiktiraf syarak.

Hukumnya harus jika embeli dengan tujuan untuk menonton siaran percuma atau fungsi-fungsi lain yang tidak melibatkan hak pihak lain dan mencerobohi hak-hak mereka.

Manakala hukumnya jadi haram seandainya pembelian peranti tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan akses siaran berbayar dengan cara yang salah.

“Tidak boleh untuk seseorang mencerobohi hak tersebut atau menggunakannya dengan cara yang salah seperti mencetak tanpa kebenaran, menggodam atau menggunakannya tanpa membayar atau melanggannya.”

Ia kerana  bukan sahaja mencerobohi hak dania juga telah menzalimi pihak lain.

 

Baca : Tak Setuju Kempen Kibar Bendera Putih, Mufti P.Pinang Berpendapat Ia Tidak Wajar & Beri Maksud Putus Asa

Ft Muftipenang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.