Tindakan berani YouTuber menjemput seorang tetamu yang dikenali sebagai Hot Daddy bukan sahaja mendapat kritikan orang ramai, malah mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang.
Datuk Seri Wan Salim Mohd Noor melahirkan rasa kecewa dengan tindakan itu kerana ia boleh dianggap sebagai salah satu cara mempromosikan serta menormalisasikan persundalan.
Ini disebabkan Hot Daddy atau nama sebenarnya Ikhwan Arif Zul Hasli telah telah didakwa di mahkamah atas tuduhan mengiklankan khidmat persundalan menerusi media sosial.
Artikel berkaitan: Rakam & Jual Puluhan Klip Video Lucah, Polis Cekup ‘Gigolo’ Tempatan Bersama 2 Teman Wanita
Artikel berkaitan: Dikecam Netizen Sebab Jemput ‘Hot Daddy’ Dalam Sesi Podcast, Youtuber Beri Penjelasan
Menurut beliau, pihaknya bimbang tindakan itu akan mempengaruhi para remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak.
View this post on Instagram
“Adalah amat dikesali tindakan pihak tidak bertanggungjawab menjemput tertuduh dalam kes mengiklan persundalan menerusi aplikasi X bagi menyertai podcast sebagai tetamu.
“Tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai satu cara mempromosi maksiat dan menormalisasi persundalan.
“Sekiranya keadaan itu tidak dikekang atau dicegah akan mempengaruhi golongan remaja sekali gus membawa kepada jurang keruntuhan akhlak,” katanya.
Justeru, beliau menggesa kerajaan harus memandang serius insiden tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mempromosikan kemungkaran ini kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat.
“Saya juga mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada.
“Kita harap dengan tindakan undang-undang itu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini,” katanya.
Terdahulu, pihak YouTuber terbabit mempertahankan tindakan tersebut kerana mereka adalah segmen ‘realiti kehidupan’.
Katanya, pihak mereka tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral, malah bertindak melawan dan mencegah perkara-perkara tersebut.
Sumber: Berita Harian