Kes kecurian kenderaan seperti motosikal dan kereta bukan sahaja sering terjadi di negara kita, malah ia juga selalu berlaku di negara jiran iaitu Indonesia.
Kali ini, seorang pemilik motosikal di Surabaya, Indonesia yang menjadi mangsa kecurian telah menjadi tumpuan ramai kerana dia mengucapkan terima kasih kepada pencuri motornya.
Ini kerana pencuri berkenaan telah mengecat baru motosikalnya sehingga nampak seperti motor baru.
Menurut Liputan6, pemilik motosikal itu telah mendapatkan semula motornya selepas si pelaku berjaya ditangkap oleh polis.
Motor berkenaan telah dikembali semula kepada pemiliknya iaitu seorang mahasiswa universiti yang dikenali sebagai Thoriq Alatas dalam sebuah sidang akhbar oleh pihak polis.
Menurut polis, pencuri bukan sahaja telah menukar nombor plat motor berkenaan, malah suspek juga telah mengecat dan menukar cermin sisi motosikal kepada yang baru.
Jadi, ketika Thoriq mendapatkan semula motornya itu, dia secara spontan mengucapkan terima kasih kepada pencuri kerana telah membaiki motornya.
Hahaha. Dia ucap terima kasih pulak kat pencuri motor dia sebab cat and tukar ekzos baru. Hahaha pic.twitter.com/F7h1Yn2REM
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) January 12, 2023
Sumber: Liputan6
Baca: [VIDEO] Tak Kisah Kantoi Dengan Tuan Rumah, Pencuri Selamba Panjat Pagar Sambil Angkat Tong Gas