Kali ni admin nak cerita tentang satu pembunuhan kejam yang mengejutkan seluruh England. Pembunuhan ini dilakukan oleh orang yang sangat dipercayai oleh keluarga ini.
Menurut Mirror, David McGreavy telah sembelih bayi berusia 8 bulan bernama Samantha serta dua kanak-kanak, Dawn, 2, dan David, 4, di rumah mereka di Worcester, England pada tahun 1973.
Pembunuhan kejam ini berlaku apabila Clive Ralph tinggalkan anak-anaknya dalam jagaan seorang lelaki yang tinggal bersama-sama mereka.
Sembelih tiga kanak-kanak & ‘sidai’ mayat di pagar rumah
David dikenali sebagai orang yang sukakan kanak-kanak. Hubungannya yang rapat dengan tiga kanak-kanak malang ini buatkan Clive percaya untuk tinggalkan mereka di rumah bersama David.
Namun, kepercayaan yang diberikan oleh keluarga ini dikhianati. Clive yang pulang ke rumah selepas mengambil isterinya, Elise dari tempat kerja menemui anak-anak kesayangannya dibunuh oleh lelaki yang sepatutnya melindungi mereka.
Dilaporkan pada malam kejadian, David yang baru berusia 21 tahun ini berada dalam keadaan mabuk, dia mula marah apabila mendengar tangisan Samantha yang mahukan susu.
Kerana tak tahan mendengar tangisan bayi ini, David telah mencekik Samantha hingga tengkorak bayi malang ini retak.
Tak cukup dengan itu, David meneruskan pembunuhan kejamnya dengan mencekik Dawn dan menjerut Paul menggunakan wayar. Kemudian, dia sembelih leher tiga kanak-kanak ini dengan pisau cukur.
Selepas tiga kanak-kanak ini mati, David mengerat badan kecil kanak-kanak ini menggunakan kapak dan gantungkan cebisan mereka di pagar rumah jiran. Ya Allah, kejamnya!
Disebabkan kekejamannya, David telah diberi nama panggilan ‘Monster of Worcester’ dan dipenjarakan selama 25 tahun.
Tak ada orang boleh agak apa yang bakal berlaku malam itu. Mana taknya, ibu kanak-kanak ini siap gelar David seperti bapa pada kanak-kanak ini kerana sering mengkritik tindakan Samantha bila dia memarahi anak-anaknya.
Kalau korang nak tahu, David dah lama tinggal dengan keluarga ini. Dia mula pindah sejak Elise mengandungkan Samantha lagi.
Kerana karakternya yang baik, dia sangat disenangi oleh keluarga ini dan sering masak makan malam pada hari Ahad dan menjaga tiga kanak-kanak ini.
Pembunuhannya ini mengejutkan seluruh negara – macam mana lelaki yang layan budak-budak ini seperti anak sendiri tergamak bunuh mereka dengan kejam?
Keluarga malang ini turut tertanya-tanya. Clive sendiri tak menyangka David sanggup bunuh anak-anaknya.
Semua orang yang kenal David tahu dia sayangkan budak-budak.”
Pada malam pembunuhan, David minum bersama seorang rakannya di sebuah kelab malam kemudian dia dijemput Clive untuk pulang ke rumah dan tengok budak-budak itu sementara Clive menjemput Elise dari tempat kerjanya.
Tapi mereka tak sangka mereka akan pulang untuk melihat rumah mereka dalam keadaan yang sangat mengerikan.
Dinding rumah mereka dipenuhi darah tapi David dan anak-anak mereka tak ada di rumah. Satu jam kemudian, polis menemui mayat tiga kanak-kanak ini tergantung di atas pagar jiran mereka.
Semasa disoal siasat, David menafikan penglibatannya sebelum tertunduk menangis sambil mengaku bersalah beberapa jam kemudian.
“Pembunuhan ni terlalu kejam. Saya yang lakukannya, tapi macam mana saya boleh buat macam ni?
“Saya guna wayar untuk bunuh Paul dan angkat kapak dan tetak mereka. Kemudian, saya pergi luar dan letakkan mereka atas pagar.”
Apabila ditanya kenapa dia membunuh tiga kanak-kanak yang tak berdosa ini. David tak ada jawapan.
“Entahlah. Saya pun tengah fikir kenapa saya buat semua ni.”
David mengaku bersalah membunuh ketiga-tiga budak ini dalam perbicaraan yang hanya mengambil masa lapan minit.
Hukuman penjara ini dijalankan di bawah perlindungan polis kerana banduan lain dah aim untuk cederakannya dalam penjara.
Pada tahun 2016, David dipindahkan ke penjara terbuka sebelum dia kemudiannya mendapat kelulusan parol. Malah difahamkan dia akan dibebaskan tak lama lagi kerana panel parol mengatakan David dah menunjukkan banyak perubahan.
Elise kecewa mendengar berita David bakal kembali ke dunia luar.
Ramai orang masih meringkuk dalam penjara kerana membunuh orang tapi tak seteruk apa yang dia lakukan. Kenapa dia layak untuk dibebaskan?”
Tapi, apa yang mereka tak tahu, pemuda yang pernah menjadi sebahagian dari keluarga ini telah sorokkan masa silam hitamnya.
Sejarah silam David McGreavy
Dilahirkan di Southport pada tahun 1951, David merupakan anak kedua dari enam adik-beradik dan mereka banyak menghabiskan zaman kanak-kanak mereka dengan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana bapanya merupakan seorang sarjan askar.
Kerana kehidupannya dikelilingi askar, dia ingin mempunyai kareer sebagai anggota tentera dan ketika dia berumur 15 tahun, David berhenti sekolah kerana telah dipilih untuk menjadi Tentera Laut.
Pada lewat 60-an, David dihantar ke Portsmouth untuk menyertai kapal pertamanya HMS Eagle.
Ketika itu, rakan-rakan sekerja melabelkan David sebagai seorang yang sombong dan berlagak. Dia juga sering dikenakan tindakan disiplin dan prestasi kerjanya semakin merosot bila dia mula minum alkohol.
Semasa bekerja di kapal HMS Eagle, David pernah membakar bilik pegawai kerana menyangka dia bakal ditukarkan kerja.
Walaupun dia menafikan penglibatannya, mahkamah mengatakan dia bersalah dan dia ditahan selama 90 hari.
Tahun 1971, David jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Mary dan melamar wanita ini selepas seminggu mereka berkenalan. Pada ketika ini, kareer David sebagai Tentera Laut musnah dan dia dipaksa untuk pulang ke rumah ibu bapanya.
David kemudian membuat beberapa kerja lain tapi semuanya tak kekal, dia dibuang atas alasan yang sama, masalah sikap, sombong dan alkohol.
Pemuda ini kemudian fokuskan perhatiannya pada persiapan perkahwinan bersama Mary dan dia merancang mahu mengadakan majlis kahwin yang besar dan serba putih.
Malangnya, sehari sebelum tahun baru 1972, Mary memutuskan pertunangan mereka meninggalkan David kecewa.
Kerana tertekan ditinggalkan kekasih, David keluar dari rumah ibu bapanya dan berpindah ke rumah bekas kawan sekolahnya, Clive Ralph.
Clive menyambut kedatangan David dengan tangan terbuka tanpa mengetahui tragedi yang bakal menimpa keluarganya.
Clive berkahwin dengan Elise ketika wanita ini berusia 16 tahun dan mengandung anak pertama mereka. Dia bekerja sebagai pemandu lori untuk menanggung keluarganya yang semakin ramai.
Keluarga ini hanya tinggal di rumah dua bilik, dengan kehadiran David, rumah ini menjadi semakin sempit. David berkongsi bilik dengan Paul sementara Samantha tidur di dalam katil bayi bersama ibu bapanya dan Dawn.
Disebabkan Clive bekerja sebagai pemandu lori, dia selalu jauh dari rumah dan kehadiran David dalam rumah itu sedikit sebanyak meringankan beban Elise untuk menjaga anak-anak.
Personaliti David sering berubah setiap kali dia mula minum. Dia pernah beberapa kali ditahan kerana minum di tempat awam.
Admin pun tak setuju David ni dapat keluar dari penjara lepas apa yang dia dah buat.