Kehilangan beberapa wartawan di China mengejutkan ramai selain turut menimbulkan spekulasi. Mana tidaknya, mereka semua tiba-tiba ‘lesap’ selepas membuat pendedahan tentang coronavirus di Wuhan beberapa bulan lepas.
Salah seorangnya adalah Li Zehua di mana dia telah dilaporkan hilang selepas muat naik sebuah video dari Wuhan. Menurut Daily Star, Li telah hilang selama 2 bulan dan timbul tanda tanya sama ada dia telah ‘dilenyapkan’ kerana mendedahkan perkara sebenar.
Terbaru, Li Zehua muncul semula dan berkata dia telah ditahan pihak polis yang memaksanya untuk menjalani kuarantin. Ketika itu dia bekerja untuk syarikat penyiaran tempatan dan telah pergi ke Wuhan bagi melaporkan krisis coronavirus.
Pada 17 Februari lepas, Li muat naik sebuah video dimana dia mendakwa jawatankuasa kejiranan di situ cuba untuk sorok maklumat sebenar tentang jangkitan itu daripada pengetahuan masyarakat.
Dia telah temu ramah penduduk di Wuhan yang dijangkiti virus itu dan turut menyiasat dakwaan di mana orang tempatan cuba sembunyikan tentang kes jangkitan baru. Video itu kemudian disunting dan dimuat naik ke Youtube, Twitter dan Weibo.
Menurut Business Insider, dalam sebuah video yang dimuat naik olehnya sebelum dilaporkan hilang, Li berkata,
Saya buat semua ini sebab saya berharap lebih ramai anak muda seperti saya akan bangkit (dedahkan perkara sebenar).”
Pada 26 Februari kira-kira jam 6 petang, Li diikuti oleh sebuah SUV berwarna putih dan beberapa orang dalam kenderaan itu menjerit mengarahkan dia untuk berhenti. Bagaimanapun, Li berjaya pandu sejauh 30 kilometer dan selamat sampai ke rumah. Selepas itu, dia terus rakam video baru menceritakan pengalaman dikejar SUV putih tersebut.
Itu adalah kali terakhir Li dilihat dan menurut Daily Star, rakaman itu berakhir tiba-tiba selepas dua individu dilihat memasuki apartmennya.
Pada hari Rabu, 22 April 2020 Li yang dikenali dengan nama Kcriss Li di media sosial muat naik sebuah video menerangkan apa yang telah berlaku kepadanya. Katanya, selepas kejadian kejar mengejar itu ada pegawai keselamatan datang dengan memakai uniform serta sut hazmat. Namun, disebabkan dia tidak membuka pintu jadi mereka semua beredar.
我是李泽华Kcriss,这是2月26日至今关于我的一些情况。I'm Kcriss, here is something about me si… https://t.co/ETjY7QaacY via @YouTube
— Kcriss Li (@KcrissLi) April 22, 2020
Ini apa yang berlaku seterusnya:
- Tiga jam kemudian pihak berkuasa tiba dan membawa Li ke balai polis.
- Pegawai di situ beritahu dia ditahan kerana disyaki mengganggu ketenteraman awam dan kerana dia berada di kawasan ‘wabak sensitif’.
- Li dibawa ke pusat kuarantin di Wuhan dan semua peralatan elektronik miliknya dirampas
- Li tinggal di sana selama 2 minggu dan berkata dia djaga dengan baik
Sepanjang tempoh (kuarantin), polis melayan saya dengan baik, pastikan saya berehat dan makan. Mereka sangat ambil berat tentang saya.”
Saya diberi makan 3 kali sehari, rasa selamat dengan pengawalan keselamatan dan dapat tonton berita setiap hari.”
- Li dilepaskan pada 28 Mac dan meluangkan masa dengan keluarganya sejak itu
Terima kasih kepada semua yang menjaga dan ambil berat tentang saya! Saya harap semua yang terseksa kerana pandemik ini akan segera pulih. Semoga Tuhan rahmati China dan seluruh dunia bersatu.”
China dilaporkan telah menahan beberapa pemberi maklumat dan pengkritik untuk menahan tahanan dengan dalih karantina semasa wabak tersebut.
Antara wartawan yang masih dilaporkan hilang adalah Chen Qiushi di mana dia tidak dapat dihubungi sejak 75 hari lepas dan Fang Bin yang hilang sejak Februari lepas.