Aktiviti berbasikal sudah menjadi trend hujung minggu rakyat Malaysia. Ramai yang memilih untuk berbasikal secara berkumpulan. Walau bagaimanapun, aktiviti riadah ini menerima pelbagai reaksi dari netizen.
Terbaharu, satu kemalangan maut yang melibatkan penunggang basikal dilaporkan berlaku di Putrajaya pagi tadi. Menurut laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.40 pagi itu telah meragut nyawa seorang penunggang basikal wanita selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.
Salam takziah
Memang tidak dinafikan, aktiviti berbasikal dijalan raya mula mendapat perhatian netizen selepas beberapa insiden yang nyaris mengakibatkan kemalangan. Selain turut berdukacita dengan kejadian awal pagi tadi, netizen turut berkongsi pengalaman ketika berdepan geng cyclist ni menerusi satu tweet kejadian pagi tadi oleh @chicanoz dibawah
Admin doakan keluarga mangsa tabah dengan kejadian ini. Harap semua penunggang basikal berhati-hati dan ambil iktibar dari kejadian ini.
Kalau dan ada atas jalan tu, harap semua pihak berhati-hati ye. Kena alert dengan keadaan sekeliling. Takut jadi perkara tak diingini pulak nanti.
Janganlah maki-maki orang. Tak elok tu. Sorang-sorang je ramai-ramai ke, jagalah keselamatan. Hobi kita tak boleh dijadikan lesen untuk maki orang sesuka hati.
Rasanya basikal dah kena ada signal lepas ni. Senang pengguna jalan raya lain nak tahu arah dan tujuan basikal ni. Basikal ni pun satu, jangan lah fikir nak laju je, fikir gak keselamatan orang lain.
Baca: [Video] – Cyclist Angkut Basikal Masuk Cafe Dekat Tingkat 1 Undang Kecaman Netizen