in

“Model takde otak” – Peserta Miss Malaysia International Dihentam Lepas Tunjal Muka & Viralkan ‘Crew’ AirAsia Sebab…

Model

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak bermakna kalau kita ni somebody tu, kita ada hak nak besar kepala depan pekerja-pekerja yang sedang berkhidmat untuk kita, lebih-lebih lagi kalau mereka tengah buat kerja mereka.

Tindakan peserta “Miss Malaysia International” , Sabee Chin ni agak keterlaluan di mata netizen. Cubaannya nak viralkan sebab bengang dengan kakitangan Air Asia ibarat meludah kelangit apabila dia sendiri dikecam teruk.


 

Mengamuk sebab tak dapat masuk toilet masa pesawat nak mendarat

Miss Malaysia International Runner Up Throws A Fit At Airasia Staff Who Were Just Trying To Do Their Jobs World Of Buzz

Beberapa hari lepas, Sabee ada muat naik status di Facebooknya besertakan video dia memarahi staff AirAsia kerana cabin crew enggan membenarkannya untuk menggunakan tandas semasa pesawat nak mendarat.

Memetik laporan World Of Buzz, dia ada minta keizinan pramugara/pramugari yang bertuagas untuk menggunakan tandas.

Tetapi pemintaan itu ditolak dengan cara sopan oleh cabin crew yang menjalankan tugas. Ia tak dapat digunakan kerana tandas tersebut ditutup. Dia kemudiannya diarahkan untuk duduk semula ke tempatnya.

Kalau diikutkan memang penumpang tak dibenarkan menggunakan tandas kalau pesawat nak mendarat kan? Tapi Sabee pergi tanya lagi nak gunakan toilet.

Bagaimanapun pertanyaan kali kedua tidak dilayan oleh pramugara/pramugari yang bertugas sebab mereka dah pun menjelaskannya sebelum ni. Bukan Sabee sorang je yang kena, penumpang lain juga diarahkan untuk duduk.

Miss Malaysia International Runner Up Throws A Fit At Airasia Staff Who Were Just Trying To Do Their Jobs World Of Buzz 4
Sumber : facebook

Disebabkan model itu bengang sebab pertanyaan dia tak dilayan, dia mengamuk dalam flight dan mula maki hamun flight attendant tu, dia sampai masuk ke ruangan peribadi kakitangan dan serang staff itu dengan menunjal muka pakai handphone dekat pramugari tu beberapa kali.

Dia siap gertak yang dia nak ajukan complain kepada bahagian perkhidmatan pelanggan AirAisa. Sejurus sahaja mendarat, SaBee terus ambil video staff-staff tersebut sambil melakukan kekecohan terhadap kakikatangan yang bertugas tu.

Bagaimanapun kakitangan tersebut tetap tenang dan terus melakukan pekerjaannya, sejurus sahaja video dan status itu dimuat naik, Sabee menerima bermacam-macam jenis kecaman dan tohmahan oleh warganet.

Dia dihentam kerana menimbulkan kekecohan terhadap kakitangan AirAsia yang melakukan kerja mengikut protokol yang telah ditetapkan.

 

Model memang tak ada otak – Netizen

Sabee Sabee2 Sabee3 Sabee4 Sabee5

Ekoran dengan kecaman itu, Sabee telah memadam status tersebut. Hurm dugaan orang kerja penerbangan ni, kena hadap perangai penumpang. Apa pun kudos buat staff yang bertugas kerana bersikap profesional dalam mengendalikan ketegangan yang berlaku.

 

Baca : “Ayah & ibu adalah sebab terbesar saya mampu terbangkan pesawat ini.” – Pengumuman Pilot Air Asia Untuk Orang Tuanya Ini Buat Netizen Sebak

Aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.