in

Misteri Kehilangan Alissa Turney Yang Terungkai Dengan Bantuan TikTok

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila remaja berusia 17 tahun, Alissa Turney hilang pada tahun 2001, polis percaya yang gadis ini telah melarikan diri ke California. Sehinggalah adiknya yang meningkat dewasa telah merungkai misteri kehilangan kakaknya ini dua dekad kemudian dengan bantuan media sosial.

Misteri kehilangan Alissa Turney

Alissaanddad F0C624

Dilahirkan pada 3 April 1984, Alissa Marie Turney telah membesar di bawah jagaan bapa tirinya, Michael Turney yang telah mengambilnya sebagai anak angkat yang sah apabila ibu kandungnya meninggal dunia kerana kanser paru-paru.


Ketika tahun 2001, empat abang Alissa telah berpindah keluar dari rumah tersebut dan dia tinggal di sana bersama Michael dan adik perempuannya, Sarah. Seperti remaja lain, Alissa merupakan pelajar biasa yang mempunyai teman lelaki, kerja sampingan dan impian untuk keluar dari rumahnya di Phoenix, Arizona.

Namun, pada 17 Mei 2001, di hari terakhir persekolahan untuk tahun itu, Alissa Turney tiba-tiba menghilangkan diri. Alissa sempat masuk ke dalam kelas teman lelakinya untuk memberitahu bahawa bapa tirinya akan mengambilnya untuk keluar sekolah lebih awal.

Michael mengaku bahawa dia telah menjemput Alissa dari sekolah pada hari itu dan membawa anak perempuannya ini keluar makan untuk menyambut hari terakhir persekolahan Alissa sebelum mereka bertengkar dan dia dikatakan telah menghantar Alissa pulang ke rumah pada jam 1 tengahari dan keluar untuk menyelesaikan beberapa urusan.

Alissa With Books 5D07Eb

Apabila dia pulang bersama Sarah, Alissa telah pun hilang. Michael dan Sarah menemui satu nota di dalam biliknya mengatakan yang dia telah melarikan diri dari rumah untuk tinggal di California.

Sarah yang baru berusia 12 tahun pada ketika itu tak risau dengan kehilangan kakaknya itu kerana menyangka bahawa Alissa akan kembali ke rumah. Malah, pergi ke California merupakan impian kakaknya sejak dulu lagi.

Bagi kebanyakan orang, kes kehilangan Alissa ini jelas menunjukkan yang dia telah melarikan diri. Pihak polis pun turut merasakan tak ada perkara yang pelik dan abang tirinya, John yang tahu Alissa takut dengan Michael turut percaya benda yang sama.

Dia cakap yang dia takut dengan bapa kami dan mahu keluar dari rumah. Saya beritahu yang dia boleh tinggal dengan saya. Jadi bila saya tahu dia hilang, saya memang percaya yang dia telah melarikan diri.”

Namun apa yang pelik, Alissa tak pernah pergi ke rumahnya mahu pun rumah mak cik mereka di California. Walaupun gadis ini mempunyai banyak pilihan di California, dia buat keputusan untuk menghilangkan diri.

Alissa Turney tak hilang, tapi…

A19259B5Ca890Fe3587D35F37D58D84C

Selama tujuh tahun, tak ada orang tanya lagi tentang kehilangan Alissa sehinggalah seorang pembunuh bernama Thomas Hymer telah membuat dakwaan palsu bahawa dia telah membunuh Alissa pada tahun 2006.

Ekoran ini, Jabatan Polis Phoenix, Unit Orang Hilang telah membuat keputusan untuk menyiasat balik kes Alissa pada tahun 2008 dan menemubual seramai 200 orang yang mengenali remaja tersebut. Dari siasatan ini, mereka telah menemui perkara yang mengejutkan tentang bapa tiri Alissa, Michael.

Rakan-rakan Alissa memberitahu pihak polis bahawa Michael telah cuba untuk melakukan serangan seksual ke atas Alissa. Teman lelakinya pula memberitahu yang Michael pernah cuba untuk mencabulnya dan gadis ini juga pernah terbangun satu malam dalam keadaan terikat di atas kerusi sambil bapa tirinya berada di atasnya.

Michael Turney telah mempamerkan satu obsesi terhadap anak tirinya, Alissa. Dia mengaku telah memantau Alissaa di tempat kerja dan menggunakan teropong untuk melihat gadis ini.”

Ketika Sarah Turney dipanggil oleh pihak polis pada Disember 2008, seorang detektif memberitahu bahawa mereka mengesyaki yang bapanya merupakan punca kakaknya hilang dan bapanya ini mungkin telah mencabul Alissa.

Semasa serbuan dibuat di rumah Michael, polis menemui berjam-jam rakaman pemantauan Alissa yang dibuat menggunakan kamera rumah dan kontrak yang ditandatangani oleh Alissa mengatakan Michael tak pernah mencabulnya.

Selain itu, polis turut menemui 30 bahan letupan yang telah diubah serta 19 senjata api jenis rifle, dua penyenyap pistol buatan sendiri serta manifesto 98 muka surat bertajuk “Diary of a Madman Martyr“.

Di dalam manifesto tersebut, Michael telah menulis tentang keinginannya untuk menyerang Persaudaraan Antarabangsa Pekerja Elektrik yang dia dakwa telah menculik dan membunuh Alissa. Michael kemudiannya telah dipenjarakan pada tahun 2010 kerana memiliki bom paip dan bukan untuk kehilangan Alissa.

Sarah mula mengesyaki bapanya ada kena mengena dengan kehilangan kakaknya selepas lelaki ini sering memberikan menukar cerita tentang apa yang berlaku pada hari kehilangan Alissa. Manakala pihak polis memberitahu, cara terbaik untuk dia menghidupkan semula kes kakaknya ini adalah dengan menambah bilangan pengikut di media sosial.

Sosial media Sarah Turney

Sarah Turney Headshot 1 Scaled 1

Pada tahun yang sama Michael dibebaskan dari penjara pada 2017, Sarah telah membuat akaun Facebook, Instagram dan Twitter yang didedikasikan untuk Alissa Turney. Dia juga turut mengeluarkan satu podcast bertajuk Voices for Justice tentang kes ini.

Pada April 2020, Alissa turut membuat akaun TikTok dan telah berjaya mendapat beratus ribu pengikut dan sehingga hari ini, dia telah berjaya mendapat lebih sejuta pengikut di TikTok sahaja.

TikTok memang meletup. Ia sangat memalukan tapi ia juga sangat efektif. Saya hanya cuba guna algoritma TikTok untuk uar-uarkan mengenai kes ini seperti menggunakan konsep atau bunyi yang popular.”

Screen Shot 2020 07 01 At 4 06 56 Pm 1593634073

Salah satu video yang dimuat naik menunjukkan Sarah menari lagu The Sign oleh Ace of Base dengan tulisan di bawah mengatakan: “Bila polis cakap harapan untuk buat bapa pedofil dan pengganas didakwa atas pembunuhan kakak adalah dengan pendedahan media…”

Dalam salah satu video yang pernah diambil pada 1997 pula menunjukkan Alissa berkata bahawa bapa mereka seorang yang “gatal”. Dalam video lain, Sarah telah merakam bapanya secara senyap-senyap dan tanya tentang kehilangan Alissa Turney.

Di video tersebut, Michael hanya menyuruh Sarah untuk ada bersamanya bila dia hampir mati nanti dan dia akan berikan jawapan yang benar untuk anaknya itu.

Sarah kemudiannya berhenti bercakap dengan bapanya dan terus mengumpulkan pengikut di media sosial. Kemudian, pada tahun 2020, siasatan ke atas kehilangan Alissa Turney telah membuahkan hasil.

Kes Alissa Turney hari ini

Images 3

Pada Ogos 2020, Michael Turney telah ditahan dan didakwa atas pembunuhan Alissa Turney.

Walaupun pihak polis tak menjelaskan sebab mereka menahan Michael atau sama ada media sosial Sarah telah membantu menyelesaikan kes ini, pihak pendakwa raya telah menyebut tentang media sosial Sarah di dalam salah satu sidang media.

Sarah Turney, ketabahan dan komitmen anda untuk mencari keadilan untuk Alissa membuktikan cinta awak terhadapnya. Kerana ini, cahaya Alissa tak pernah padam dan ia telah menghidupkan memori Alissa selamanya.

Selepas berita penangkapan bapanya, Sarah mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya dan mengatakan yang dia berhajat untuk menggunakan media sosial dan podcast bagi membantu kes-kes yang lain.

Namun begitu, pada Julai 2023, Michael telah didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Anak lelakinya, James Turney bagaimana pun percaya yang bapanya ini bersalah dan telah membunuh adiknya.

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.