in

Misteri Hantu ATM Jusco Di Jepun Yang Masih Belum Terjawab Hingga Ke Hari Ini

ft hantu atm jusco baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya, pasti ramai yang mengenali pasaraya terkemuka Jusco ini, biarpun namanya yang berubah pasti masih ada saki baki orang-orang kita yang menggelarkan pasaraya Aeon ini dengan gelaran Jusco sebab dah terbiasa.

Bagaimanapun, fokus min hari ini bukanlah nak bercerita mengenai hal pasaraya itu, tetapi peristiwa misteri yang pernah terjadi di salah satu cawangannya di Jepun pada tahun 2004 dan masih belum terjawab hingga ke hari ini.


Hantu ATM Jusco

FwuWj5raAAAO05r

Pada 17 Februari 2004, seorang warga emas berusia 68 tahun baru sahaja selesai mengeluarkan wang tunai di mesin ATM dalam pasaraya Jusco yang terletak di Yokkaichi, Jepun. Namun begitu, tindakannya itu sebenarnya telah diperhatikan oleh seorang wanita yang mundar mandir di kawasan tersebut sambil mengendong anaknya.

Seusai warga emas itu mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM miliknya, wanita itu melanggar baju lelaki itu dengan sengaja dan cuba untuk seluk tangannya ke dalam pakaian lelaki warga emas itu untuk cuba mengambil dompetnya.

Warga emas yang terpinga-pinga itu menyedari apa yang sedang berlaku dan cuba untuk melawan maka berlakulah pergelutan antara mereka, wanita tersebut dengan liciknya cuba untuk play victim mendakwa bahawa dia telah diragut oleh warga emas tersebut dengan menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai.

FwuWnUjaIAAYdeJ

Dengan teriakan itu, orang ramai menyangka bahawa wanita muda bersama anaknya itu telah dikasari dan menjadi mangsa rompakan lelaki tersebut. Mereka semua bergegas menyelamatkan wanita itu dan anaknya.

Disebabkan itu, lelaki tersebut ditolak ke lantai dan orang ramai meminta bantuan polis. Tidak lama selepas itu, dua anggota polis muda hadir memberi pertolongan. Lelaki itu diarahkan untuk meniarap diatas lantai sambil berteriak dan merintih bahawa dirinya tidak bersalah.

Dalam keadaan kecoh di tempat kejadian, wanita tersebut cuba meloloskan diri secara senyap-senyap sementara itu, warga emas tersebut pula ditekan selama 20 minit walaupun merayu agar minta dilepaskan.

Sumber melaporkan bahawa, saksi kejadian mengatakan bahawa saat warga emas itu cuba untuk berdiri polis terus-menerus mengasarinya sehingga sebelah kaca matanya pecah. Malah, warga emas itu mula meraung kesakitan dan muntah-muntah sebelum tak sedarikan diri.

FwuWh VaIAEairB

Bagaimanapun, anggota polis muda itu untuk terus mengasarinya. Tetapi, mereka akhirnya membuka gari warga emas tersebut sebelum dikejarkan ke hospital setelah ramai anggota polis tiba ke lokasi.

Malangnya, kekasaran fizikal dan stres dialami warga emas itu memburukkan lagi kesihatannya dan disahkan mati pada keesokan harinya. Lebih menyedihkan lagi, kematian warga emas itu dianggap tidak mengubah apa-apa kerana polis masih anggap bahawa warga emas itu adalah suspek dan wanita kejam tersebut adalah mangsa.

Namun, setelah beberapa anggota polis meneliti kembali rakaman CCTV Jusco itu dan mendapati si mati sama sekali tidak bersalah!  Maka dari sinilah tercetus nya satu gelaran ‘Hantu Jepun Jusco/Hantu ATM Jusco’.

Setahun selepas kejadian, polis akhirnya bersetuju mengedarkan dua keping foto suspek yang diambil dari rakaman CCTV. Kenapa pula digelar Hantu Jepun? Tengok gambar di bawah ni.

download

Screenshot 2023 05 23 131045

Gambar yang disebarkan menunjukkan kualiti rakaman yang sangat teruk sehingga menghasilkan imej yang menakutkan sehingga orang ramai menggelar suspek ‘Hantu Jepun’ dek kerana paras rupanya didakwa tidak menyerupai manusia.

Sumber melaporkan bahawa suspek tidak memakai topeng kerana saksi kejadian telah melihat wajah wanita ini dan begitulah rupanya, wajahnya memang aneh. Malah, dakwaan yang mengatakan anaknya itu sebenarnya boneka juga tidak benar kerana saksi melihat sendiri anaknya itu.

Pihak polis Jepun mengedarkan foto wanita ini setahun selepas kejadian, jadi kebarangkalian suspek dapat ditangkap sangat tipis. Mereka memberikan maklumat lain seperti :

Umur Ibu: 25 ke 30 tahun

Umur Anak: 2 ke 3 tahun

Tinggi Suspek: 155 ke 160 cm

Rambut: Coklat paras bahu

FwuWlSVaAAAuWhE

Malah, apa yang aneh lagi tentang suspek, walaupun telah bergelut untuk merampas dompet dan kad kredit mangsa, tiada sebarang cap jari miliknya ditemui pada objek-objek tersebut. CCTV juga tidak berjaya merakam suspek meninggalkan lokasi kejadian dan pasar raya berkenaan.

Selepas 7 tahun kejadian, pada Mac 2011, polis akhirnya mengakui si mati tidak bersalah. Tarikh ini penting kerana ia berlaku sebulan selepas tamatnya statut batasan tempoh, bermakna kes telah ditutup dan polis tidak akan memburu suspek lagi.

Namun begitu, keluarga si mati tidak berpuas hati dengan sikap polis yang dianggap tidak profesional dan mereka mengheret pihak polis ke muka pengadilan. Oleh itu, pihak polis mengakui telah berlaku kekhilafan, namun menolak dakwaan mereka menggunakan kekerasan ke atas si mati.

Polis yang pada mulanya cuma membayar keluarga mendiang USD125 / RM568 sebagai ganti rugi telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Nagoya untuk membayar USD350,000 / RM1.6 juta.

Kes ini mendapat liputan akhbar tempatan, namun begitu pihak polis masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mendiang. Malah kelibat dan identiti si Hantu Jepun sehingga kini masih belum diketahui dan diberkas.

Baca : Kim Sung Jae: Kematian Bintang K-pop Paling ‘Misteri’, 28 Kesan Jarum Ditemui Pada Mayatnya

collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.