Ada bumbung untuk berteduh tapi kawasan persekitaran tidak dijaga dan dibiarkan dalam keadaan kotor, penuh bakteria serta tikus. Jangan terkejut, memang ada orang yang boleh hidup dalam keadaan yang sebegitu.
Buktinya, video yang dimuat naik di TikTok oleh seorang food rider baru-baru ini menunjukkan keadaan persekitaran sebuah flat di Perai, Pulau Pinang.
Menurut Hibatullah Danial, ketika itu dia mendapat pesanan makanan untuk dihantar ke salah satu blok flat tersebut dan pelanggannya pula berkeras tidak mahu turun sebaliknya menyuruh dia yang naik hantar di depan pintu rumah.
Banyak kali customer yang duduk sini order, ada yang faham dan turun sendiri. Ada yang ego, berkeras suruh kita naik.”
Sebelum ni memang rider wajib naik hantar ke customer tapi yang duduk flat ni kena faham kenapa kami (food rider) taknak naik. Lagi-lagi (kes) Covid yang meningkat sekarang.”
Melalui video tersebut yang kini sudah mendapat lebih 1.1 juta tontonan, sampah dilihat bersepah dan bertebaran di atas lantai di sekeliling kawasan flat terbabit. Bukan itu saja, di bahagian tangga juga penuh dengan sampah sarap yang sudah basah, busuk dan berkulat.
Lantai pula dilihat dalam keadaan basah dipercayai berpunca dari hujan atau air menitik daripada paip yang bocor. Katanya lagi, bukan setakat takut untuk naik flat dalam keadaan macam tu tapi juga risau nak tinggalkan motor di kawasan sebegitu.
https://www.tiktok.com/@hibatullahdanial/video/6919524075635297538
Ada netizen yang mencadangkan supaya syarikat penghantar makanan untuk senarai hitam alamat atau kawasan tempat tinggal sebegitu. Kebanyakannya tak boleh nak ‘brain’ macam mana penduduk di situ boleh lalui kehidupan seharian di tempat kotor dan berisiko macam tu. Antara komen netizen,
Peh macam mana dorang boleh hidup dekat tempat macam ni wei.”
Miskin takpe tapi jangan jadi pengotor. Semua tempat sampah disediakan.”
Takleh imagine bau dekat sana.