in

Misi Tamat, Pasukan SMART Di Myanmar Kembali Ke Tanah Air Isnin Ini

7smart

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang ditugaskan untuk membantu mangsa gempa bumi di Myanmar akan menamatkan operasi mereka dan dijadual pulang ke tanah air pada Isnin.

Screenshot 2025 04 06 at 12.47.14 PM

Menurut Kementerian Luar, keputusan menamatkan operasi dibuat setelah pasukan tersebut tidak lagi menemui mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan di kawasan bencana. Memetik laporan Astro Awani, sehingga kini, SMART berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang mangsa yang masih hidup di bawah timbunan bangunan runtuh di Daerah Sagaing, lokasi paling teruk terjejas.


Misi kemanusiaan yang turut disertai pasukan dari Thailand itu mendapat penghargaan tinggi daripada kerajaan Myanmar, termasuk Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan Menteri Luar U Than Shwe. Kedua-duanya menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas kecekapan dan komitmen pasukan SMART serta bantuan kemanusiaan lain yang disalurkan.

Screenshot 2025 04 06 at 12.47.48 PM

Pasukan SMART, bersama pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dihantar ke Myanmar pada 30 Mac lalu menerusi dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), lengkap dengan peralatan SAR bagi menyokong misi di kawasan sukar dan mencabar.

Kehadiran pasukan dari Malaysia turut mendapat reaksi positif daripada masyarakat setempat yang amat menghargai bantuan serta usaha pasukan SMART sepanjang berada di sana.

 

Baca: Gempa Bumi Myanmar: Malaysia Akan Hantar Pasukan Untuk Misi Bantuan Kemanusiaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.