Selain isu Puteri Sarah dengan Syamsul Yusof, Hafidz Roshdi dengan Shuhada, Diana Danielle dengan Farid Kamil dan Afiq Muiz dengan Pachara, isu mengenai nafkah antara Sam Bunkface dengan bekas isterinya, Aida juga turut menjadi topik hangat.
Isunya mengenai pindaan nafkah anak, disebabkan itu, hlive baru-baru ini ada berjumpa dengan Aida dan Aida menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan permohonan pindaan itu.
Aida juga ada memberikan komen berkenaan dengan Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd Baharom tidak berjumpa dengan anak mereka, Maleeq sekitar 5 ke 6 bulan.
Itu tanggungjawab dia – Aida
https://www.instagram.com/p/CqU6C16pMCl/
Terpanggil dengan kenyataan itu, Sam Bunkface semalam tampil buka mulut untuk menjawab setiap perincian yang Aida katakan itu, bahkan dilihat seperti Sam juga mendedahkan didakwa ‘pembohongan’ Aida untuk tidak membiarkan dirinya terus difitnah.
Fitnah, play victim – Sam
Menerusi Instagram, Sam menyatakan bahawa dia tidak pernah sekalipun gagal untuk melunaskan nafkah anak tunggalnya itu sejak mereka bercerai pada tahun 2019.
“Pindaan bayaran nafkah itu saya mohon dua tahun lalu ketika bisnes terjejas akibat pandemik, bukannya baru sekarang.”
Dalam pada itu, Sam juga mendedahkan bahawa bekas isterinya itu minta nafkah sebanyak RM1,300 walhal kos tidaklah setinggi itu.
“Logik ke dia minta bayaran RM1,300 sebulan sedangkan hak penjagaan anak diberikan sama rata iaitu bergilir-gilir selama dua minggu?”
Dalam kenyataan Aida, vokalis kumpulan Bunkface itu dilihat suka menayang kesenangan di media sosial, respon Sam, ianya meleset sama sekali.
Bahkan, Sam juga ada mendedahkan perbualan antaranya dengan Aida, Sam turut menegaskan dia yang tidak dapat berjumpa dengan Maleeq kerana Aida jauhkan diri daripadanya.
Malah, Sam juga menyatakan bahawa kali terakhir dia dapat jumpa Maleeq adalah pada hujung Disember 2022 di mana dia terpaksa ke Melaka demi berjumpa dengan anaknya kerana Aida hantar Maleeq kepada ibunya.
“Kali terakhir saya jumpa Maleeq pada Disember 2022. Baru tiga bulan, bukannya lima atau enam bulan seperti yang dia dakwa.”
“Nak jumpa anak sendiri pun seolah-olah dihalang sebab dia hantar Maleeq ke rumah ibu bapanya di Masjid Tanah, Melaka.”
“Beria-ia minta nafkah tinggi padahal ibu dia yang jaga Maleeq. Selama ini saya berurusan dengan nenek Maleeq dan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Melaka.”
Terpaksa block sebab banyak ugutan
Dalam pada itu, Sam juga menyatakan dia terpaksa menyekat nombor telefon Aida kerana mendakwa wanita itu cuba mengugutnya dan sukar dibawa berbincang. Boleh tengok video ini untuk tahu kisah penuh..
https://www.instagram.com/p/Cqfv2C0hsH-/
“Jangan play victim, kita semua tahu apa jadi dekat Amber Heard, apa pun, saya tak pernah setuju Maleeq duduk dengan atuk dan nenek dia, saya tak pernah setuju Maleeq duduk Melaka, tapi saya tak boleh buat apa, tapi saya akan lawan di mahkamah untuk saya dapat dekat dengan anak saya.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen buka mata apabila melihat perkara sebenar, bahkan ada juga yang marah setelah melihat video ini.
Walau bagaimanapun, Sam menyatakan bahawa niatnya bukanlah nak buat aib mana-mana pihak, cuma ingin mendedahkan perkara sebenar agar fitnah ini tidak berlarutan.
Baca : Sam Bunkface Nafi Abai Nafkah Anak, Siap Bayar Lebih Kepada Bekas Isteri