Seorang ahli tentera berjaya ditangkap oleh penduduk kampung mencuri tabung masjid pada 13 Julai lepas. Menurut Tribun, lelaki dari Tentera Nasional Indonesia itu telah mencuri di Masjid Nurul Islam di Kota Palembang, Sumatera Selatan.
Sebuah video ketika kejadian viral di media sosial menunjukkan penduduk naik angin dengan lelaki itu yang lengkap memakai seragam tentera ketika mencuri.
Pada mulanya penduduk berasa curiga dengan lelaki bernama Kopda merupakan ahli tentera dan hanya menyamar menggunakan seragam tu. Tapi lepas ditangkap dan disemak, ternyata Kopda memang seorang tentera dan masih bertugas di satuan Balayon Kavaleri (Yonkav) 5. Dalam video yang viral tu, Kopda didengari meminta maaf beberapa kali dan seorang penduduk menengking,
Kalau semua orang salah, minta maaf. Itu mudah, tau nggak?!”
Penduduk itu dilihat memegang parang dan berkasar dengan Kopda kerana menurutnya kejadian kecurian di masjid itu kerap terjadi. Itu bukanlah kali pertama tabung masjid dicuri tetapi menurut Kopda itu adalah kali pertama dia berbuat sebegitu.
Disebakan bengang dengan dengan apa yang berlaku, penduduk kampung bertindak memalukan Kopda di depan ramai orang. Mereka mengikat tangannya ke belakang dan menyuruhnya duduk di atas lantai.
Dalam sebuah video, Kopda dilihat hanya menundukkan kepala dan penduduk meletakkan tabung yang dicuri tu dekat sebelah dia.
Menurut Kolonel Djohan, pihaknya masih belum boleh memastikan penyebab mengapa Kopda mencuri tabung itu. Kopda kemudian diserahkan kepada Detasemen Polisi Militer (DENPOM) untuk disoal siasat dan juga pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan terhadapnya.
Benar, suspek sedang menjalani pemeriksaan di Denpom. Sama ada disebabkan gangguan mental atau di bawah pengaruh dadah. Mental dia akan diperiksa terlebih dahulu.”
Tonton video di bawah: