in

“Minta ditegur dengan baik, tapi tetap sayangkan mereka”- Kenyataan Isteri Da’i Syed Jadi Perhatian

Da'I Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas Syed Iqmal Syed Mohd Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’ Syed telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol.

Da’i Syed telah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan personaliti TV, Hana Ismail pada tahun 2022.


Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah kenyataan Hana Ismail ketika siaran Live di TikTok bersama suaminya.

Siaran LIVE TikTok itu difahamkan telah lama berlaku namun ia kembali tular dan menjadi perhatian warganet semula selepas Da’i Syed dijatuhkan hukuman penjara baru-baru ini.

Artikel berkaitan: “Mata ini menangis, hati ini bersedih” –  Isteri Da’i Syed Mohon Doa Orang Ramai

Artikel berkaitan: Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Sebab Merogol

Dalam video yang berdurasi selama hampir seminit itu, Hana telah mengatakan jika ada antara kita yang melihat ada keturunan Syed atau Sharifah yang mungkin tersasar, tegurlah mereka dengan baik namun dalam yang sama, tetap sayangkan mereka.

Ini kerana mereka ini merupakan keturunan Rasulullah SAW.

Sumber: X @Cikgu_Anep

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.