in

“Min, aku banyak buat dosa, aku minta ampun” – Diva AA Harap Hubungan Dengan Abang Kembali Jernih

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun korang dengar cerita yang Diva AA ‘suka’ dengan pendedahan video baru-baru ini yang dikatakan mirip abangnya, namun baru-baru ini dia membuat pendedahan yang dia sebenarnya nak baik semula dengan abangnya ini. Biar betul?

Menerusi temubual bersama mStar, selepas banyak dihujani pertanyaan peminat tentang status hubungannya dengan abangnya, Azmin Ali, Azwan berkata hatinya mula terdetik untuk berbaik semula.


Aa

“Peminat-peminat ada tanya saya, tak nak berbaik ke dengan Azmin sempena Hari Raya kali ini. Banyak kali juga mereka tanya sampai lah dah raya sekarang.”

Azwan juga berkata jika Azmin ada terbaca tentang luahan hatinya, dia ingin meminta ampun kepada abangnya ini.

Kalau dia baca artikel ini, saya nak cakap; Min (Azmin) selama ni aku banyak buat salah, buat dosa pada kau. Aku minta ampun, minta maaf pada kau Min.”

Azwan yang kini berhijrah di London sejak Februari lalu merasakan ini adalah masa yang terbaik untuk dia berbaik semula dengan abangnya itu. Lagi-lagi, memikirkan didikan kedua arwah ibu bapa mereka.

Azwan Azmin

Saya akui saya banyak buat dosa dengan dia. Sebagai adik, saya yang sepatutnya beralah dan memohon maaf daripadanya.”

Diva AA juga menegaskan, niat dia untuk berbaik dengan Azmin bukan atas dasar politik, tapi dari kerelaan hatinya sendiri.

“Bila saya fikir sampai bila nak berakhirnya macam ni. Walaupun kami berbeza pendapat, tapi adik-beradik kan… ibarat air yang dicincang tak akan putus.

“Hati yang terdetik untuk berbaik-baik ini baru saja nak bermula, maka berikanlah saya masa. Mohon semua pihak tidak mengecam saya, sebaliknya mendoakan yang baik-baik.

“Saya tahu dia seorang yang sibuk. Sebelum jadi menteri pun sangat sibuk apatah lagi sekarang. Cukuplah permohonan maaf saya secara terbuka ini dapat dibacanya.

“Tapi sekiranya saya pulang ke Malaysia dan ketika itu Allah lembutkan hati dia untuk berjumpa dengan saya, sudah tentu saya sedia dengan hati terbuka.

“Bersalam dan bermaafan bersama abang, ibarat satu mimpi yang amat bermakna. Jika berlaku, ia akan menjadi kemaafan dendam yang terindah.”

Memang eloklah kalau dorang saling berbaik. Lagi pun, masa-masa macam ni, Azmin memang perlukan sokongan seberapa ramai yang boleh.

 

Baca: “Saya cabar dia buat pengakuan bersumpah atas nama Allah dalam masjid” – Diva AA Akui Kenal Haziq Aziz

Screenshot 2019 06 14 At 10.13.45 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.