Semalam kita dikejutkan dengan berita kemalangan yang melibatkan seorang guru wanita dan 3 orang pelajar dekat Simpang FELDA Lok Heng di Kota Tinggi, lapor Harian Metro.
Guru terbabit dilaporkan cedera namun malang bagi 3 pelajar tersebut, kesemuanya meninggal dunia di tempat kejadian sekitar jam 6.30 petang.
Tiga pelajar terbabit yang berusia di antara 16 hingga 17 tahun itu bersekolah di Sekolah Menengah Luqman Hakim, FELDA Lok Heng. Allahu… Al fatihah.
![kemalangan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/04/kemalangan.png)
“Perkara yang paling kami takuti. Diminta menjalankan tugas, tapi tidak diberikan perlindungan”
Berlakunya kes melibatkan kemalangan sehingga meragut nyawa pelajar ini telah membuat sebilangan guru berasa takut dalam menjalankan tugas masing-masing. Iyalah kan, kalau apa-apa terjadi kepada anak murid, guru juga dipersalahkan. Walhal guru juga mangsa keadaan dan tak ada sesiapa yang mahu satu kemalangan berlaku dengan sengaja.
Sebaik saja isu ini dimuat naik ke Facebook pakar motivasi, Raja Shamri, berduyun-duyun netizen yang separuh darinya seorang guru meluahkan rasa bimbang jikalau perkara sebegini berlaku di kemudian hari. Apa nasib mereka akan terbela?
![netizen](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/04/netizen.jpg)
“Sudah sampai masa kerajaan kembalikan fungsi pemandu dan kenderaan rasmi”
Demi mengelakkan situasi ini terus berlaku, netizen mencadangkan supaya diwujudkan kembali fungsi pemandu dan kenderaan rasmi.
![kenderaan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/04/kenderaan.jpg)
Dr Mazlee ‘back up’ para guru
Apa-apapun para guru jangan risau-risau lagi kerana Dr Mazlee selaku Menteri Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan untuk menyemak semula SOP dan surat pekeliling khas akan dikeluarkan berkaitan isu ini.
Menurut Dr Mazlee di laman Facebook, dia tidak mahu lagi kes menganiaya guru ini terus-terusan berlaku dan kebajikan guru adalah perkara yang diutamakan pihak kementerian.
https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/2700776969993559/?type=3&theater
Dalam pada itu, jenazah 3 pelajar iaitu Noriman Bastaman, 17, Daing Muhammad Afeeq Mohd Afeeq-ur Rahman, 16 dan Muhamad Syafawi Zayadi, 17 telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Taman Perkuburan Felda Lok Heng hari ini.
Manakala guru pengiring, Cikgu Widyawati Simaran yang mengalami kecederaan sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi.
![](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/04/excident.png)
Marilah kita kirimkan Al Fatihah buat pelajar-pelajar terbabit dan semoga guru yang terlibat dalam kemalangan itu pulih seperti sediakala.