Rasa ingin tahu dalam diri manusia berlaku bila kita tahu apa yang wujud di dunia luar. Pengetahuan ini membuatkan kita ada keinginan untuk travel dan explore benda yang kita hanya tahu dari cerita orang, buku atau internet.
Tapi kalau kita tak didedahkan dengan maklumat yang ada di dunia luar dan hanya hidup dalam dunia sendiri, mungkin kita tak akan rasa terperangkap kalau kita tak berpeluang nak “merasa”. Macam tu juga dengan seorang biarawan Ortodoks Yunani yang bernama Mihailo Tolotos ini.
Dikatakan, lelaki ini yang mati pada tahun 1938 di usia 82 tahun tak pernah langsung melihat wanita malah selama dia hidup, dia tak tahu pun rupa wanita macam mana. Jom baca kisah menarik mengenai Mihailo Tolotos ni.
Pada tahun 1856 hanya selepas empat jam dilahirkan, ibu lelaki ini telah meninggal dunia. Ekoran tiada siapa yang datang untuk menuntut bayi ini, dia telah ditinggalkan di tangga biara dan biarawan-biarawan di sana telah mengambil bayi ini untuk dijaga dan menamakannya Mihailo Tolotos.
Dibesarkan dan dididik di dalam biara di Gunung Athos, Mihailo tak pernah sekali pun keluar dari pagar biaranya. Malah, pada tahun 1060, undang-undang di sana telah mengharamkan wanita serta haiwan domestik seperti lembu atau kambing dari menjejakkan kaki di Gunung Athos dan undang-undang tersebut masih kekal sehingga hari ini.
Sebab disebalik undang-undang ini adalah bagi memastikan kesemua biara yang tinggal di sana dapat menjalankan keperluan mereka untuk kekal bujang seumur hidup.
Pun begitu, Mihailo tidak dilarang untuk keluar dari tempat tersebut dan boleh sahaja terserempak dengan mana-mana wanita di luar Gunung Athos namun lelaki ini memilih untuk terus kekal di sana.
Mihailo kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1938 ketika usianya 82 tahun dan sepanjang hidupnya dia tak pernah dihimpit dengan perasaan ingin tahu sehingga dia mahu tinggalkan biara yang juga merupakan rumahnya sejak dilahirkan.
Mihailo telah diberikan pengebumian istimewa oleh biarawan-biarawan yang tinggal di Gunung Athos kerana mereka percaya bahawa lelaki ini merupakan satu-satunya lelaki di dunia yang mati tanpa mengetahui rupa wanita.
Tak cukup dengan itu, kematian Mihailo ini juga turut dikeluarkan di surat khabar. Di dalam akhbar tersebut turut disebut bahawa lelaki ini bukan sahaja mati tanpa melihat wanita dia juga tak pernah melihat kereta, pesawat dan mana-mana filem.
Tanpa melihat wanita sepanjang 82 tahun kehidupannya, Mihailo Tolotos telah mati di biara Gunung Athos di Yunani. Dia juga tak pernah melihat kereta, filem atau pesawat.
Ibunya mati selepas dia dilahirkan dan dia telah dibesarkan di biara, tempat yang tak pernah dijejaki oleh wanita. Dia telah menjadi seorang biarawan dan biarawan lain di sana telah memberikannya pengebumian istimewa kerana mereka percaya dia adalah satu-satunya lelaki dalam dunia yang tak pernah melihat wanita.”
Dikatakan juga, Mihailo hanya mengetahui mengenai kewujudan wanita melalui cerita rakan-rakannya sahaja.
Hari ini, Mount Athos telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan telah menarik ribuan pengunjung setiap tahun. Kebanyakan dari mereka yang datang kerana tertarik dengan sejarah dan tradisinya.
Pun begitu, wanita masih tidak boleh masuk ke kawasan tersebut. Malah, baru-baru ini undang-undang tersebut telah dijadikan kontroversi kerana ada yang mengatakan ia merupakan satu diskriminasi dan juga undang-undang lapok.
Komuniti di Gunang Athos ini mempunyai sebanyak 20 rumah biara dan seramai 2,000 biarawan Ortodoks Timur dari serata dunia.
17 dari 20 biara ini merupakan Yunani dan tiga yang lainnya adalah Serbia, Bulgaria dan Rusia.
Uish dasat gak!
Baca: 8 Punca Curang Dalam Kalangan Lelaki Dan Wanita, Bukan Sekadar Nak Test Market Sahaja…