in

Mid Valley & The Gardens Mall Pula Catat Kes Covid-19 Lepas Staf Disahkan Positif

WOB 009 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

The Gardens Mall (TGM) dan Mid Valley Megamall (MVM) semalam telah sahkan yang salah seorang dari pekerjanya telah disahkan positif Covid-19 melalui Facebook rasmi semalam.

Staf tersebut merupakan pekerja di London Sales Cosmetic Sdn Bhd (LSC) yang mempunyai tiga outlet di Mid Valley dan The Gardens.


Dalam kenyataan tersebut, Mid Valley mengatakan pada 9 Oktober, salah seorang pekerja telah memberitahu pihak pengurusan LSC yang ahli keluarganya telah terdedah dengan virus tersebut sebelum terus kuarantinkan diri di rumah dan disahkan positif pada 10 Oktober.

Pekerja tersebut tak tunjuk apa-apa simptom Covid-19 dan pihak pengurusan TGM dan MVM telah diberitahu mengenai perkara ini pada 11 Oktober.”

https://www.facebook.com/mymidvalleymegamall/posts/3563147617039565

Sejurus selepas pengesahan kes ini, pihak pengurusan dua pusat membeli belah ini telah pun memberitahu Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengesanan kontak rapat kini sedang dijalankan.

Tak cukup dengan itu, ketiga-tiga outlet di bawah LSC telah menjalani proses sanitasi dan disinfeksi serta tempat-tempat lain yang menjadi tumpuan ramai. Ketiga-tiga outlet tersebut kini telah pun ditutup sehingga tarikh yang diberitahu kelak.

Pihak pengurusan kedua-dua pusat membeli belah ini juga turut memberi jaminan yang mereka akan pastikan keselamatan pengunjung terjamin dengan mengikut SOP yang disarankan oleh KKM.

 

Baca: Lagi Kes Covid-19 di Mall, Kali Ini di Palm Mall, Seremban

Screenshot 2020 10 12 at 10.08.54 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.