Peminat kereta di Malaysia pastinya mengetahui jenis-jenis jenama kereta mewah yang ada di pasaran. Sekali pandang je mesti tahu model apa dan mungkin boleh tahu sekali tahun bila model sesetangah kereta itu dikeluarkan.
Namun korang tahu tak, sesetengah kereta yang kita anggap mewah di Malaysia itu hanyalah digunakan sebagai teksi sahaja di sesetengah negara lain.
Maklumlah negara itu adalah pengeluar kereta jenis itu dan pastinya harga lebih murah berbading di Malaysia.
Berkongsi pengalaman melihat sendiri Toyota Alphard dijadikan teksi, lelaki ini seolah-olah terkejut dengan apa yang dilihatnya. Korang tengok sendiri video yang dikongsikan oleh hairulvcool di TikTok ini.
Haa.. sebab tu hidup ini jangan sombong. Kalau kita rasa kita hebat, ada lagi yang lebih hebat dari kita. Sentiasa merendah diri. 😇👌🏻
📹 hairulvcool pic.twitter.com/qnQH0X0gbA
— 🇲🇾 (@localrkyt) December 22, 2023
Artikel berkaitan: “Minta maaf pun takde” – Kak KM Mengamuk Suami Langgar Tembok Sampai Kereta Rosak
Artikel berkaitan: Berjaya Buat Penumpang Tak Terlepas Penerbangan, Pemandu Teksi Terima Tips RM5,000
Jadi teksi di Jepun
Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian itu namun tak kurang juga yang merasakan hal itu adalah normal kerana negara Jepun adalah pengeluar kereta-kereta itu.
Jadi tak hairan sangatlah pemandu teksi negara pengeluar kereta itu memilih untuk menggunakan Alphard sebagai ‘kereta cari makan’.
Betul juga tu, dekat Malaysia pun kita nampak banyak je Proton Exora atau Proton Ertiga yang digunakan sebagai teksi. Dah Alphard tu memang keluaran Jepun, mestilah murah dan berpatutan untuk pemandu teksi kan.
Cerita yang lebih kurang sama di negara Eropah yang mengeluarkan kereta mewah. Kereta seperti Mercedes dan BMW juga digunakan sebagai teksi. Mungkin atas faktor yang sama iaitu negara pengeluar.
Amboih, lain macam ye bila naik Alphard ni. Turun kereta terus rasa macam Blackpink, min pun nak try lah nanti kalau ada kesempatan.