in

“Mewah betul” – Khemah Jemaah Haji Korea Di Mina Persis ‘Glamping’, Siap Ada Peti Sejuk Ais Krim!

Syaz Ft 2024 06 21T114050.413

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim haji kini hampir ke penghujungnya, pelbagai kisah menarik serta yang meruntun hati dapat kita dengari sepanjang musim haji ini.

Tular sebuah video di aplikasi X memaparkan keadaan khemah jemaah haji dari Korea di Mina yang sangat mewah serta serba lengkap.


Artikel berkaitan: Jemaah Haji Dari Indonesia Terkandas Selama 2 Hari Tanpa Wang & Makanan Sebelum Dibantu Oleh Mutawwif

Artikel berkaitan: Elfira Puji Team Medik Arab Saudi Bantu Jemaah Haji, Tegur Tindakan Individu Rakam Jemaah Meninggal Dunia

Ianya sangat berbeza dengan khemah jemaah haji Malaysia yang lebih padat dan sekadar selesa untuk tidur untuk beberapa malam.

Di khemah jemaah haji Korea pula, terdapat tilam untuk setiap seorang yang boleh dijadikan sofa serta makanan yang banyak dan disusun rapi.

Lebih mengagumkan, terdapat juga peti sejuk untuk minuman malah ada juga peti sejuk yang dikhaskan hanya untuk ais krim.

Difahamkan, khemah jemaah haji Korea di Mina itu lebih mewah padan dengan harganya serta jemaah haji dari negara Asia itu tidak begitu ramai jika dibandingkan dengan jemaah haji Malaysia serta Indonesia.

Agak-agak berapa lah kena bayar untuk mewah macam ni?

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.