in

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan, Kelantan Dijangka Paling Teruk Terjejas

hujan berterusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya melibatkan beberapa daerah di Kelantan, dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga Selasa, 25 November 2025.

Amaran itu membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.


Bukan itu saja, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk untuk beberapa negeri lain termasuk Perlis dan beberapa daerah di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

588611901 1302598905243754 3466725074312302167 n
Infografik amaran hujan berterusan yang dikeluarkan MetMalaysia, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Banjir Di Hatyai: 36 Pelajar Dan 4 Pensyarah UUM Antara Yang Terkandas

Artikel berkaitan: Hatyai Dilanda Banjir, Pelancong Malaysia Diminta Elak ke Selatan Thailand

Menurut kenyataan itu lagi, cuaca sama dijangka berlaku di Hulu Perak, beberapa lagi daerah di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) serta kawasan di Terengganu meliputi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun sehingga tarikh sama.

“Di bawah kategori amaran hujan berterusan tahap waspada, hujan dijangka berlanjutan di Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, serta sebahagian besar daerah di Perak termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim sehingga Isnin, 24 November 2025,” katanya.

MetMalaysia turut memaklumkan, hujan dijangka terus berlaku di Gua Musang, Kelantan dan Kemaman, Terengganu sehingga Rabu, 26 November 2025.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada, mengikuti amaran terkini cuaca dan mendapatkan maklumat sahih melalui platform rasmi MetMalaysia.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.