in

“Mesti tengah syok mimpi tu” -[VIDEO] Nyenyak Sangat Tidur, Lelaki Tak Sedar Rumah Dinaiki Air

Fi Rumah Masuk Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap daripada kita mesti pernah alami mimpi yang boleh dikatakan agak ‘pelik’ ataupun seram sepanjang hidup kita ni. Menurut kepercayaan sesetengah pihak, setiap mimpi yang kita alami tu ada maksudnya tersendiri.


Namun kalau kita bermimpi sampai tak sedar dengan apa jadi dengan keadaan sekeliling pun akan jadi masalah juga, seakan sama macam kisah ini.

 

Tak sedar rumah masuk air

Baru-baru ini, gelagat seorang lelaki jadi viral dan bualan ramai apabila dia tak sedar pun rumahnya dah dimasuki air.

Menerusi posting oleh @aldi_alfatih57, menunjukkan suasana di sebuah rumah yang dipercayai didiami oleh dua orang lelaki. Dalam video tersebut terlihat di luar kawasan rumah itu sudahpun banjir.

Rumah Masuk Air 1

Walau bagaimanapun sewaktu dia memasuki rumah tersebut, Aldi terkesima dan terus istighfar lepas melihat rakannya masih boleh tidur dengan nyenyak.

Mungkin kawannya itu sedang seronok bermimpi dan seakan tiada tanda yang dia akan terjaga dari tidur walaupun tempatnya itu dah dinaiki air. Selepas dikejutkan oleh Aldi, barulah kawannya terbangun dengan keadaan yang terpinga-pinga. Hebat eh boleh tak sedar macam tu.

Pun begitu, masih tak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian tersebut berlaku. Tetapi sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 6.6 juta views di TikTok.

@aldi_alfatih57

akibat tidur terlalu nyenyak sampai tidak tau kalau rumah sudah di genangin air?

♬ suara asli – aldi_alfatih57 – aldi_alfatih57

 

“The real buat pulau”

Hasil tinjauan di ruangan komen, nyata tindakan oleh lelaki tersebut membuatkan rata-rata netizen terhibur. Selain itu, ramai juga yang tak sangka bahawa kawannya itu masih boleh tidur dan tak sedar dengan apa yang terjadi.

Reak Rumah Masuk Air 3 Edit Reak Rumah Masuk Air 2 Edit Reak Rumah Masuk Air 1 Edit

Perghh masih boleh tidur tu yang power. Apalah dia mimpi sampai tak tersedar tu eh?

 

Baca : Lelaki Terkejut Rumah Banjir Lepas Bangun Tidur, Rupa-Rupanya Kucing Buka Paip

Foot Rumah Masuk Air

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.