in

“Mesti jalan clear je”- Ini 5 Jalan Raya Yang Paling Banyak Lorong Di Dunia

Cats 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dekat Malaysia, biasanya jalan raya atau lebuhraya cuma ada 4 lorong sahaja. Itu pun kira dah bersyukur la sebab tak sesak sangat jalan tu.

Tapi, kalau korang perasan dekat jalan yang melibatkan plaza tol kebanyakkannya akan ada lebih daripada 4 lorong untuk memudahkan penyuraian kenderaan agar urusan tol lebih lancar. Lepas daripada tol itu, jalan raya biasanya akan kembali semula kepada 4 lorong atau kurang.


Korang tahu tak ada jalan raya di negara lain yang ada lebih daripada 7 lorong untuk jalan sehala? Biar betul? Seronok weh drive macam tu sebab jalan luas.

Ini 5 jalan raya yang ada jumlah lorong paling banyak setakat ini di dunia.

 

Interstate 75, Amerika Syarikat (16 lorong)

Unnamed

Lebuhraya Interstate atau disebut sebagai i-75 dibuka ada tahun 1957 dengan jarak 2875 kilometer telah menghubungkan 6 buah negeri kesemuanya yang bermula dari Florida sehingga Michigan.

Di bandar Marietta, jalan raya di situ memerlukan 15 lorong manakala di Atlanta pula yang berjarak 12.8 kilometer itu memerlukan sehingga 16 lorong yang merupakan bahagian paling banyak lorong sepanjang lebuhraya tersebut.

Lebuhraya yang dibina secara berperingkat ini mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan dengan fasa terakhirnya selesai pada tahun 1973. Kewujudan banyak lokasi menarik sepanjang laluan di lebuhraya ini menjadikan laluan ini antara laluan ikonik dalam sejarah Amerika Syarikat.

 

New Jersey Turnpike, Amerika Syarikat (18 lorong)

1559590380273

Lebuhraya New Jersey Turnpike ini merupakan salah sebuah lebuhraya yang dijadikan contoh ikutan negara-negara lain dalam pembinaan laluan berkelajuan tinggi. Lebuhraya ini dibuka pada tahun 1951 dan mempunyai jumlah jarak sepanjang 188 kilometer.

Sebenarnya, tak semua kawasan perlukan jumlah lorong yang banyak. Ada sesetengah kawasan cuma ada 4 lorong iaitu 2 lorong untuk satu hala, manakala ada juga yang mempunyai 6 lorong dengan 3 lorong untuk satu hala. Tetapi, lorong akan bertambah sehingga kepada 12 lorong iaitu 6 lorong untuk satu hala bila sampai di kawasan yang sibuk

Di laluan 14 dan 15E, jumlah lorongnya boleh meningkat sehingga 18 lorong. Seronoknya drive kalau jalan luas gila macam ni.

Lebuhraya ini dikawal selia oleh pihak bebas iaitu The Turnpike Authority dan bukannya dikawal oleh mana-mana kerajaan pusat atau negeri. Kawalan selia yang bersifat bebas ini siap ada 200 pasukan peronda polis sendiri tau untuk pastikan keselamatan pengguna lebih raya tersebut. Memang mantap la!

 

King Highway 401, Kanada (18 lorong)

Img 067

Dengan jarak 828 kilometer, lebuhraya ini merupakan laluan paling sesak di Kanada yang menghubungkan kawasan barat dan timur negara itu iaitu bermula dari Windsor di bahagian barat sehingga ke Ontario-Quebec di bahagian timur.

Jalan raya ini mula dibuka pada tahun 1953 yang pada asalnya cuma ada 2 lorong untuk jalan sehala. Tapi, disebabkan kadar penggunaannya jalan raya tersebut yang makin sibuk, kerajaan Kanada ambil keputusan untuk tambah jumlah lorong kepada 12 lorong dengan 6 lorong untuk satu hala di beberapa bahagian yang sesak.

Antara kawasan yang paling sesak adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto. Untuk atasi kesesakan jalan raya di situ, kerajaan Kanada telah menambah lagi 6 lorong di kawasan tersebut dan menjadikan laluan di situ mempunyai 9 lorong untuk satu jalan sehala.

Ini menjadikan lebuh raya tersebut mencapai 18 lorong kesemuanya. Tapi, ada yang melaporkan bahawa kesesakan masih teruk di situ. Wallahualam.

 

Lebuhraya Naypyidaw, Myanmar (20 lorong)

2776E43867B14492B926Cb2D9Fc6B4A8

Mengikut perancangan kerajaan Myanmar, mereka ingin membangunkan Naypyidaw untuk dijadikan pusat pentadbiran negara tapi gagal merancang untuk memenuhkan bandar tersebut dengan penduduk.

So, untuk penuhkan penduduk, kerajaan Myanmar bina lebuhraya dengan 20 lorong yang mempunyai 10 lorong untuk jalan sehala demi nak menghubungkan bangunan parlimen mereka dengan pusat bandar.

Yang uniknya, lebuh raya ini bukan dibina untuk mengurangkan kesesakan jalan raya seperti di negara-negara lain kerana lebuh raya ini lengang dengan kenderaan.

 

Interstate 10, Amerika Syarikat (26 lorong)

E2Vgy45K0Ce31

Juga dikenali sebagai Katy Freeway, lebuh raya ini dibina pada era 1960-an dengan hanya menempatkan 6 hingga 8 lorong sahaja sebelum laluan ini diperbesarkan sehingga mampu memuatkan kapasiti 200,000 buah kenderaan dalam masa sehari.

Bukan itu sahaja, pada tahun 2000, beberapa lorong tambahan yang berstatus lorong khas ditambah untuk membantu aliran trafik menjadi lebih baik.

Lebuh raya ini mempunyai jumlah jarak sepanjang 1412 kilometer merentasi Texas dan mempunyai 12 lorong utama dibahagikan kepada 6 lorong untuk satu hala dan 8 lorong penyurai trafik serta 6 lorong khas.

6 lorong khas dengan 3 lorong di setiap hala dikhaskan untuk pengunaan kenderaan awam dan kenderaan yang sarat penumpang pada waktu puncak.

Tapi, apa yang merisaukan adalah pelebaran jalan yang dilakukan ini tidak mendatangkan kesan seperti yang diharapkan kerana masa yang diambil oleh pemandu setelah lorong makin bertambah menjadi lebih panjang.

So, kalau korang rasa selama ni jalan sesak dan harap sangat kerajaan ambil tindakan untuk lebarkan jalan, sebenarnya korang dah tersilap. Makin lebar jalan, makin sesak rupanya.

 

Sumber: Iluminasi

Baca:”Da bagi bukti cctv tempat x sesak pun senyap je”-  Polis Nafi Kompaun Wanita Di Kawasan Lengang, Tuan Badan Tayang Bukti

Capture 52

Sumber: Canada Alive
Sumber: Pinterest
Sumber: Reddit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.