Tanggal 16 Mei, Hari Guru disambut bagi menghargai jasa para cikgu yang telah mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti lelah.
Bersempena dengan hari ini, sudah menjadi kemestian untuk para ibu bapa menyediakan hadiah bagi menghargai jasa cikgu-cikgu yang mendidik anak-anak mereka.
Ada yang memberi hadiah seperti mug, keychain dan lebik unik lagi seperti barangan dapur iaitu sayur-sayuran serta makanan (trend ini sangat terkenal di kawasan luar bandar) dan sebagainya.
Namun lain pula dengan ibu bapa yang berkemampuan, apabila tular satu video memaparkan seorang wanita memberi hadiah berupa barang kemas Habib Jewels dan tudung daripada jenama Bawal Exclusive. Fuh!
Artikel berkaitan: “Inilah kejayaan sebenar” – Terpaksa Jaga Suami Sakit, Besarkan 4 Anak, Guru Ini Menangis Terharu Lihat Anak Murid Berjaya
Artikel berkaitan: “Dia tak pernah join mana-mana sukan” – Cikgu Tolong Tolakkan Kerusi Anak OKU Masa Bersukan Buat Ibu Sebak
“Hari guru nak bagi apa? Jadi saya sediakan buat mereka…”
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @afzalizahazizan telah memuat naik video memaparkannya sedang menyusun hadiah buat hari guru di sekolah anaknya.
Dalam video tersebut, wanita ini dilihat menyusun beg berjenama Habib Jewels beserta isi di dalamnya dan kelihatan juga beg jenama Bawal Exclusive tersusun rapi bersebelahan beg barang kemas itu.
Ibu ini juga dilihat memasukkan kad ucapan ke dalam setiap beg barang kemas dan jenama tudung itu dengan rapi.
@afzalizahazizan Bila anak-anak bagitau , ibu “hari guru nak bagi apa ? So, i prepare for them 🤍 Selamat hari guru untuk semua yang bergelar guru ✍️
Bila anak-anak beritahu, “Ibu Hari Guru nak bagi apa? So, i prepare for them”. Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar guru,” tulisnya.
“Tak semua seberuntung ini… kesian mana mak-mak yang tak dapat tunaikan permintaan anak”
Video ini mengundang komen yang pelbagai daripada netizen, yang mana ada yang memuji usaha wanita ini dalam menghargai para guru dan ada juga yang merasa rendah diri kerana tidak mampu memberi hadiah sehebat itu kepada cikgu sekolah anak mereka.
Kita fikir yang positif ya… individu ini hanya nak meraikan para guru. Kalau berkemampuan apa salahnya.
Sumber: TikTok