in

“Merisaukan!” – Novel Berunsur Lucah Dijual Secara Umum, Penerbit Novel Dikecam Netizen

Nvl Lch

Ramai di antara kita yang mempunya hobi membaca, ia bukan sahaja membantu menjadikan anda lebih bijak, tetapi ia juga sebenarnya boleh meningkatkan daya pemikiran anda.

Pun begitu, ada satu berita yang kurang senang didengar buat peminat novel tempatan, di mana terdapat sebuah novel berunsur lucah yang dijual secara umum.

Artikel berkaitan: Kecoh! Netizen Kecam Novel Nukilan Pelajar IPTA Ini, Didakwa Selit Babak Berahi

Artikel berkaitan: “Sekali baca dah tahu” – Lelaki Dakwa Lagu Siulan Anak Muda ‘Malampagi’ Ada Unsur Lucah?

Apa yang merisaukan ialah novel berkenaan boleh dibeli oleh semua orang termasuklah kanak-kanak bawah umur yang tidak sepatutnya menjadi bahan bacaan mereka.

Difahamkan, novel berkenaan merupakan adaptasi dari aplikasi bacaan terkenal iaitu Wattpad, dalam novel itu jelas ditulis aksi tidak senonoh antara dua karakter sebelum meletakkan ayat suci Al-Quran.

“Novel apa ni?”

Perkara itu sudah pastinya mengundang kemarahan netizen apatah lagi ada ciapan yang mengatakan dia sendiri melihat kanak-kanak berusia 11 tahun yang membeli novel berkenaan.

Cats 14

Ibu bapa kena patau ya apa yang dibaca oleh anak-anak…

Sumber: X