in

“Mereka panggil kami dog, pencacai najis”- Doktor Dedah Perangai BIADAP ‘Kluster Oversea’

Featured 5

Kalau semalam penulis ada kongsikan kisah ‘frontliner’ yang menunjukkan perbezaan kluster tabligh dengan kluster oversea, hari ini sekali lagi perangai kluster oversea ini didedahkan.

Pakar Perubatan Keluarga, Medical Mythbuster Malaysia, Dr Sakinah Sulong ada berkongsi pengalaman mereka ‘handle’ golongan yang mereka gelar ‘turun dari kayangan’ ini di facebooknya.

 

“Golongan yang baru turun dari kayangan ni, (baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah,tak nak dikuarantin, marah-marah, panggil staff kami ‘dog’ dan pencacai najis…”

https://www.facebook.com/sakinah.sulong/posts/10158295962717417

 

Korang boleh baca perkongsian penuh Dr Sakinah Sulong kat bawah ni :

Kami Bukan Anjing
Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.
Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia.
Pengarah Jabatan ke,
Jemaah tabligh ke,
Doktor ke,
Pelajar ke,
Semuanya sama. Lubang hidungnya sama.
Rongga mulutnya sama.
Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.
Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.
Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin.
Marah-marah.
Panggil staff kami ‘dog’
Panggil staff kami pencacai najis.
Memang sangat kurang ajar!
Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.
Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.
Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!
Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan.
Buat saringan simptom dan vital sign.
Buat pensampelan.
Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.
Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.
Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.
Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!
Memang tak bersyukur!
Namun bukan semua kluster oversea ini yang bersifat demikian, namun layanan yang diterima mereka cukup kurang ajar dan melampau.
Posting yang dimuatnaik semalam, sehingga kini memperoleh 92k likes dan 44k shares di facebook dengan rata-rata meluahkan kekecewaan dengan sikap kluster oversea yang banyak songeh.
Feat 13