in

“Mereka nyanyi bersama” – Penyanyi ‘Bey Soba Bey’ Sudah Ada ‘Fan Club’ Di Penjara Narathiwat

syaz ft 2025 01 03T123145.031

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada November tahun lalu, sebuah berita menggemparkan berlaku apabila penyanyi lagu viral Cinta Setandan Pisang atau juga dikenali dengan lagu Bey Soba Bey ditahan di Thailand atas kesalahan dadah.

Penyanyi dikir barat Malaysia itu ditangkap bersama lima lagi rakyat Malaysia kerana disyaki memiliki 6000 pil kuda.


Artikel berkaitan: Penjara Narathiwat Nafi 6 Tahanan Warga Malaysia Dilayan Dengan Kejam

Artikel berkaitan: 6 Rakyat Malaysia Termasuk Penyanyi Wanita Popular Kelantan Akan Dibawa Ke Mahkamah Narathiwat Hari Ini

Pun begitu, penyanyi wanita itu difahamkan kini sudah mempunyai kelab peminatnya yang tersendiri di dalam penjara Wilayah Narathiwat tersebut.

Pakar Pengurusan Jenayah (bahagian wanita) Penjara Wilayah Narathiwat, Panata Yononarongdetkul berkata kelab peminat penyanyi itu ditubuhkan baru-baru ini.

“Selain mempunyai kelab peminat di Selatan Thailand termasuk di Narathiwat, penyanyi yang berusia 29 tahun itu juga mempunyai kelab peminat di dalam penjara ini.

Kebanyakan peminatnya di penjara ini terdiri daripada banduan wanita dan mereka akan menyanyi bersama-samanya pada waktu tertentu.

Ada antara mereka meminta pihak penjara memuat turun lagu penyanyi itu dan memasangnya sebagai hiburan mereka,” katanya.

Panata juga berkongsi keadaan penyanyi wanita yang berasal dari Kelantan itu kini lebih ceria dan seakan mempunyai suntikan semangat baru selepas dilawati oleh pihak media Malaysia.

Sebagai info, mahkamah Narathiwat memberikan polis perintah tahanan lanjut selama 84 hari terhadap enam individu itu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.