in

“Mereka mahu kembali ke tanah air” – Menteri Pertahanan Maklum Tiada Misi Kedua Rawat Rakyat Palestin Di Malaysia

Untitled Design 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada lagi misi kedua. Itu yang dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi menjawab persoalan orang ramai mengenai mungkinkah Malaysia akan membawa lebih ramai rakyat Palestin untuk dirawat.

Kenyataan itu susulan tindakan kerajaan Malaysia yang membawa seramai 40 warga Palestin pelbagai peringkat umur untuk menerima rawatan di Malaysia pada 15 Ogos lalu.


Artikel berkaitan : TUDM Terbangkan 2 Pesawat Ke Mesir, Bawa Warga Palestin Cedera Untuk Rawatan Di Malaysia

Artikel berkaitan : “Ditanggung penuh kerajaan”- PW Minta Netizen Hati-hati Dengan Scammer Mohon Derma Untuk Rakyat Palestin

2774668

“Kita kena faham 70,000 rakyat Palestin dapat lintas sempadan dan tinggal di Mesir, namun negara itu tidak mampu, jadi kita bantu seadanya dan yang termampu “

Dalam masa yang sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut memberi jaminan bahawa pihak kerajaan akan menghantar pulang rakyat Palestin pulang setelah sembuh menerima rawatan.

“Saya berbincang dengan pemimpin Palestin, bahkan mereka tidak mahu meninggalkan tanah air mereka. Mereka rela mati di negara itu. Mereka mahu kembali ke tanah air, tidak mahu dihalau dari tempat tinggal”

Dalam ucapan ketika majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Wanita UMNO di WTC Kuala Lumpur semalam, Mohamad Hasan turut memberikan jaminan bahawa Malaysia akan sentiasa terbuka tangan dalam membantu rakyat Palestin daripada terus menjadi mangsa kekejaman Israel.

2699517

Dia turut menambah sehingga kini, tiada kuasa-kuasa besar yang ‘berani’ mengambil tindakan, dan Malaysia antara negara yang dipuji tampil membantu membawa rakyat Palestin cedera untuk dirawat.

Semoga tindakan Malaysia ni jadi contoh juga untuk negara-negara yang lain.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1288253/tiada-misi-kedua-bawa-rakyat-palestin-cedera-mohamed-khaled

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.