Baru-baru ini, tular video menunjukkan nelayan-nelayan di Aceh “mengamuk” bila pemerintah tak mahu menerima pelarian Rohingya yang dorang temui terumbang-ambing di laut sejak beberapa hari.
Menurut Twitter BBC Indonesia, Khamis lalu, nelayan Aceh telah menyelamatkan 94 pelarian Rohingya yang terdiri daripada 15 lelaki, 49 perempuan dan 30 kanak-kanak ketika bot yang dinaiki mereka hampir tenggelam.
Nelayan Aceh kemudiannya membuat laporan perkara ini kepada pihak berwajib namun selepas dibantu dari segi logistik, makanan dan minuman, pihak berkuasa di sana membuat keputusan untuk keluarkan mereka semula ke laut.
Kerana ini, warga Aceh di sana telah melawan dan mendesak pihak berkuasa agar pelarian-pelarian ini di bawa ke darat atas dasar kemanusiaan.
Ini bicara dari hati ke hati tidak ada yang menerima mereka. Di Malaysia mereka ditolak, di mana-mana ditolak. Hanya di Aceh mereka diterima.”
Tak cukup dengan itu, penduduk kampung di sana juga turut cuba untuk menyelamatkan pelarian-pelarian ini dan sanggup membantu dorang walaupun pemerintah enggan.
Kalau diturunkan ke darat, kami akan membantu semampu kami. Jika tidak dibantu oleh pemerintah, warga yang akan menyumbangkan beras dan memasaknya.”
Atas desakan tanpa henti warga Aceh, akhirnya pemerintah mengalah dan membawa pelarian-pelarian ini ke darat dan di bawa ke Desa Lancok, Lhokseumawe di mana mereka perlu menjalani ujian rapid Covid-19 dan ditempatkan di pejabat bekas imigresen di sana.
Baca: Hari Tu Rohingya, Kali Ini PATI Indonesia Pula Terpaksa Diselamatkan Lepas Bot Bocor