Dua tiga hari ini, kecoh diperkatakan mengenai status perkahwinan pengarah terkemuka, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar yang dikatakan sudah bercerai.
Perkara ini masih belum disahkan mana-mana pihak dan rakan baik Ira Kazar, Nur Nilam Ortiz semalam telah tampil mendedahkan hal yang sebenar.
Artikel berkaitan: Nur Nilam Buat Laporan Polis Lepas Dapat Ugutan Bunuh, Gara-gara ‘Live’ Dengan Ira Kazar
Artikel berkaitan: Kecoh! Pengarah Sensasi Baru ‘Settle’ Kontroversi, Didakwa Ceraikan Isteri Guna WhatsApp?
“Memang tiada isu cerai”
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam, 45, berkata, dia agak terkejut apabila mendapat tahu gosip berkenaan pasangan itu kerana mereka dilihat masih bahagia dalam melayari alam rumah tangga.
Dia juga katanya telah menghubungi Ira bagi mendapatkan kepastian dan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu telah menolak dakwaan yang sedang hangat diperkatakan itu.
Dia jarang bercakap mengenai isu hal rumah tangga ini dengan saya, lebih banyak bercerita dengan Azlan, disebabkan ramai sangat bertanya jadi saya minta suami tanyakan.
“Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temu bual ini untuk dapatkan kepastian… dia cakap tiada pun isu cerai ini,” katanya.
Tambah Nur Nilam, Syamsul dan Ira juga pernah datang ke rumahnya bersama dan pasangan itu dilihat bahagia cuma tidak memaparkan kebahagiaan itu di media sosial.
“Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggal Ira di rumah saya la dan dia keluar ke tempat lain.
“Saya lihat mereka Alhamdulilah bahagia, cuma mereka tak post di media sosial… ya la sebab kena kecam kan siapa je nak post,” katanya.
Terdahulu, Nur Nilam juga pernah dikecam dan menerima ugutan daripada netizen selepas bersiaran langsung dengan Ira di media sosial sebelum ini.
Kalau mereka masih suami isteri, baguslah. Kita doakan yang baik-baik saja.
Sumber: mStar