in

“Mereka ada kuasa untuk ambil tindakan” – Gobind Singh Kata SKMM Boleh Ambil Tindakan Terhadap Laman Sosial Nur Sajat

Featured Image Sajadiah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, boleh dikatakan nama usahawan terkenal Nur Sajat terus-menerus diperkatakan oleh rakyat Malaysia apabila dia mengambil keputusan untuk memakai telekung semasa berada di Mekah.

Ramai pihak yang kurang senang melihat tindakannya itu kerana mereka beranggapan ia tidak sepatutnya berlaku.


Ada juga pihak yang mencadangkan supaya laman media sosial usahawan itu ditutup kerana secara tidak langsung ia boleh memberi kesan negatif kepada umum.

Ibusajat
Sumber: instagram

Sehingga kini laman media sosial usahawan itu masih lagi aktif digunakan olehnya. Sajat juga mempunyai 1.4 juta pengikut di laman Instagram.

Image From Ios
Sumber: instagram

Menurut Harian Metro, Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mengetahui mengenai isu yang sedang hangat pada waktu ini.

Namun begitu, menurut Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dia menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis bagi mengambil tindakan.

“Itu terserah kepada pihak berkuasa berkaitan khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” Katanya.

Gobind
 gambar hiasan

Gobind berkata, kedua-dua agensi dan pihak berkuasa terbabit mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada terhadap laman media sosial usahawan tersebut.

“Perkara ini (isu Sajat) sudah dibangkitkan semalam dan ia di bawah bidang kuasa mereka (SKMM dan polis) kerana mereka adalah badan penguatkuasaan.

“Bagi kami, (KKMM) ialah hormati semua badan agensi penguatkuasaan termasuk SKMM kerana ia adalah badan pengawal dan ada undang-undang ditetapkan.

“Biar agensi berkenaan buat keputusan dan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu kerana mereka yang menerima laporan dan tahu status mengenainya, tambahan pula perkara itu adalah di bawah bidang kuasa agensi berkenaan,” katanya.

Ajramjat 1
Sumber: instagram

Alamak, susah la lepas ni Sajat nak promot bengkung dia kan kalau akaun media sosial kena sekat.

 

Baca: “Macam nak tunjuk Allah redha” – Netizen Spekulasi Sajat Saja Pergi Umrah Sebab Nak Orang Percaya Dia Perempuan?

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.