in

“Merdunya bacaan Quran” – Komuniti Roblox Malaysia Dipuji Anjur Program #WorldQuranHour

world quran hour roblox malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengambil keberkatan di bulan Ramadan, antara amalan yang dilakukan umat Islam ialah bertadarus Al-Quran.

Seorang pencipta konten yang dikenali sebagai Cikgu Zyd telah melakar sejarah baharu apabila melakukan penganjuran program #WorldQuranHour menerusi permainan popular, Roblox.


Lebih menarik, program ini mendapat sambutan yang baik termasuk dalam kalangan pengguna tempatan dan luar negara.

Artikel berkaitan: Dr. Zulkifli Puji Semangat Anak Muda Malaysia, Tunjuk Sokongan Pada Palestin Dalam Roblox

Artikel berkaitan: “Pahala pun dapat” – Pelanggan Sambung Ayat Al-Quran Dari Peniaga, Dapat Apam Balik Percuma

“Program ini mendapat sambutan yang baik dari komuniti Roblox tempatan dan luar negara bertemakan #savingtheummah. Surah As-saff dipilih menjadi pengisian tadabbur,” katanya.

@cikguzyd

Program #WorldQuranHour melakar sejarah penganjuran pertama dalam Roblox. #cikguzyd#zydverse#worldquranhour Robloxramadan Robloxmalaysia

♬ original sound – Cikgu Zyd Gaming ✪ – Cikgu Zyd Gaming ✪

Difahamkan, program World Quran Hour dalam permainan itu dianjurkan bersempena menyambut 10 malam terakhir Ramadan dalam mengejar malam Lailatul Qadar.

Bacaan qariah dipuji

Dalam video yang dikongsikan, netizen terpukau dengan kemerduan suara salah seorang qari wanita ketika membaca surah As-saff.

Menurut Cikgu Zyd, alunan suara itu milik pelajar tingkatan tiga dari Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari iaitu Nur Rifqah Zafiirah Roszani.

@cikguzyd

Clip World Quran Hour. Surah As-Saff : Ayat 5 – 9 Qari : Nur Rifqah Zafiirah binti Roszani Tingkatan 3, SAM BESTARI #worldquranhour#cikguzyd#zydverse RobloxMalaysia #RobloxRamadan

♬ original sound – Cikgu Zyd Gaming ✪ – Cikgu Zyd Gaming ✪

Komuniti Roblox Malaysia turut meraih pujian ramai kerana mengetengahkan pendekatan sebegini kepada anak-anak muda.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.