in

“Menyusahkan orang” – Netizen Puas Hati Tengok Kereta Kena Tunda Sebab Parking Dekat Selekoh

Ft Kereta Kena Tunda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak memudahkan diri, pastikan tindakan itu tidak mendatangkan kesusahan kepada pihak lain, contohnya macam dalam video yang tular ini.

Pemandu kereta jenis Perodua Bezza dilihat meletakkan kenderaannya di sisi jalan yang berhampiran dengan selekoh. Tindakan itu telah menyebabkan bas awam susah untuk membelok di selekoh kerana dihalang oleh kereta yang pemiliknya mementingkan diri sendiri.


Artikel Penuh :  “Muka toya je” – VIDEO] Wanita Geram Tunggu 30 Minit Gara-Gara Kereta Halang Tempat Parkir

Artikel Penuh : Tak Puas Hati Kereta Dihon Sebab Halang Laluan, Pemandu Lori Cedera Dipukul ‘Stranger’

Disebabkan itu, orang awam terpaksa bekerjasama untuk angkat kereta biru tersebut ke sisi jalan yang bertentangan, walau bagaimanapun, kereta itu tidak diletakkan di tepi jalan kerana ia dialihkan dengan cara angkut.

Namun beberapa ketika selepas itu, ada pula bas lain yang melalui laluan yang sama dan bas itu juga mempunyai kesukaran untuk membelok. Oleh itu, orang awam terpaksa angkat lagi kereta biru itu sampai ke tepi jalan.

Tidak lama kemudian, pihak polis sampai sambil membawa tow truck untuk tunda kereta tersebut dan kereta itu akhirnya dibawa pergi oleh pihak polis. Justeru, keadaan laluan kembali lancar kerana tiada kereta yang diparkir di situ.

Dalam masa 20 jam, video ini telah meraih 5,000 jumlah perkongsian di platform X dan menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bengang dengan sikap tuan empunya kereta tersebut yang menyusahkan orang ramai.

Namun begitu, ramai yang puas hati melihat kereta tersebut ditunda biarpun mereka faham ‘keperitan’ yang tuan empunya badan bakal rasai.

Screenshot 2023 11 22 154511 Screenshot 2023 11 22 154526 Screenshot 2023 11 22 154617 Screenshot 2023 11 22 154835

Ramai juga netizen kata yang owner kereta biru sebenarnya ada kat situ, cuma tak berani nak tampil, hahahaha!

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.