Siapa tak kenal dengan kumpulan Drama Band yang popular dengan lagu Drama. Tambahan pula, lagu ni viral sebab ada beberapa cerita yang kononnya cuba nak disampaikan kepada pendengar-pendengar di luar. Ramai individu yang dah cover lagu diorang termasuklah sekumpulan remaja ini.
Berbekalkan 3 gitar, hanger, batang plastik dan luggage sebagai alat muzik untuk diorang cover lagu Drama dengan video hampir 2 minit itu. Amboi, kreatifnyaa diorang ni.
Tular video di laman twitter milik @amsyaralhaziq yang memaparkan dia bersama rakan-rakannya membuat cover lagu Drama daripada Drama Band.
https://twitter.com/amsyaralhaziq/status/1234843221231931392
3 daripada mereka bermain gitar manakala 2 lagi menggunakan hanger, batang plastik dan luggage untuk menggantikan drum.
Namun, netizen-netizen tertarik dengan salah seorang daripada mereka yang menggunakan hanger sebab dia main lari dari tempo. Cover lagu dah best tapi ‘mat hanger’ spoilkan lagu. Tak apa, cover lagu still sedap didengar.
Netizen meluahkan rasa lucu dan tidak puas hati dengan ‘mat hanger’. Kebanyakannya mereka mengatakan yang lelaki pegang hanger tu main tempo ntah kemana. Tak apa la janji sedap kan
Menyirap pula aku tengok yang pegang hanger tu
Function betul orang yang main hanger tu
Tapi, sedap kan diorang cover lagu ni even ada yang main muzik lari tempo
Baca : “Terhibur weh” – Netizen Terhibur Tengok Budak Ini Joget Sambil Menangis