Salah satu cara untuk mengumpul pahala adalah dengan membuat kebaikan kepada anak-anak yatim. Mereka yang sudah ketiadaan bapa dan ibu ini pasti mahu merasai kasih sayang daripada orang terdekat.
Sambut birthday dengan anak yatim
Menerusi satu hantaran video oleh @saharuddinamirullah, dia menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-30 bersama anak-anak yatim. Dia bersama beberapa orang rakan telah datang ke rumah kanak-kanak tersebut sambil membawa kek, makanan serta barangan dapur.
Artikel berkaitan: “Kuat semangat dia” – Anak Yatim Piatu Gigih Berniaga Nasi Lemak Walau Sakit Jantung Berlubang
Artikel berkaitan: “Biarlah kami jadi mama kamu” – Netizen Tersentuh Lihat Cara Lelaki Ni Layan Anak-Anak Yatim
Lebih meruntun hati, kediaman tiga orang anak yatim itu agak daif kerana perlu berjalan melalui titi kayu yang hampir reput dan rumah tersebut juga kelihatan serba kekurangan. Bagaimanapun, Saharuddin dan rakannya tetap datang ke situ untuk berbakti kepada anak-anak syurga tersebut.
Umur 30 ni masih tiada anak sebab belum jumpa jodoh lagi hahaha tapi bolehlah menumpang kasih dengan anak-anak syurga banyak bagi aku semangat untuk terus hidup.
@saharuddinamirullah Umur 30 ni masih tiada anak sebab belum jumpa jodoh lagi haha tapi bolehlah menumpang kasih dengan anak-anak syurga yang banyak bagi aku semangat untuk terus hidup.
Ketika berjumpa dengan tiga orang anak yatim itu, Saharuddin telah memakaikan mereka topi hari jadi sambil berborak dengan mereka. Mungkin sambutan itu kecil bagi kita tetapi nilainya amat berharga buat Saharuddin, rakan-rakan serta anak-anak yatim tersebut.
Seronok dapat ayam goreng
Dalam video lain yang dimuat naik, Saharuddin meminta kanak-kanak itu memotong kek untuknya. Mereka turut membawa ayam goreng kegemaran tiga orang budak tersebut.
Bukan selalu mereka dapat makan makanan yangs sedap, itulah bila diberitahu ada ayam goreng, mereka jadi teruja.
@saharuddinamirullah Bukan selalu mereka dapat makan makanan yang sedap itulah bila dibagitahu ada ayam goreng mereka jadi teruja.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berasa sebak melihat momen tersebut dan turut mendoakan Saharuddin serta rakan-rakannya.
Alhamdulillah.. banyak pahala kongsi rezeki dengan anak yatim!
Sumber: TikTok