in

Menteri Kesihatan Dakwa Kerajaan PH Punca Kepada Penyebaran Jangkitan Kluster Tabligh

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menter Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Adham Baba telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa kerajaan PH sebelum ini adalah punca sebenar kepada kegagalan membendung kluster himpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Ev31Qanu4Aesckd

Kluster Tabligh ini menjadi punca kepada gelombang kedua penularan wabak Covid-19 di Malaysia, menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang dijangkiti pada ketika itu.


Kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau ketika sesi telesidang bersama Presiden Umno yang telah dimuat naik di laman Facebook.

93960Db491C724002631D5B0552195E9

“Ia (himpunan di Masjid Sri Petaling) berlaku daripada 27 Februari hingga 3 Mac. Ia sungguh besar, sehingga hari ini, kita tidak dapat menghentikan (sepenuhnya) penularannya. Masih ada kes-kes daripada kluster ini yang telah menular sehingga generasi kelima”

Tabligh Sri Petaling Fb 140320

“Jika kluster Tabligh dapat dihalang, sebenarnya gelombang kedua tidak akan berlaku. Kita mungkin ada kluster kecil sahaja”

Dalam telesidang itu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan dan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana berjaya mengawal penyebaran Covid-19 daripada terus merebak secara tidak terkawal.

Dr. Adham Baba juga meluahkan rasa puas hati dengan usaha Malaysia yang berjaya mendapat perhatian dunia.

“Saya yakin apa yang dibuat sudah diiktiraf dunia. Saya sudah mengadakan sidang video bersama-sama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan 500 negara yang lain “

Saya yakin media sosial dan konvesional membantu usaha hari ini dan tagline saya adalah ‘Kita Mesti Menang’

Kredit: MalaysiaKini

 

BACA: Warga Emas 80 Tahun Didenda RM1000 Selepas Keluar Menunggu Bantuan Makanan

Cats 9

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.