in

Menteri Agama Jamin Solat Tarawih Bakal Dilaksana Di Masjid & Surau Tahun Ini

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sampai sebulan umat Islam akan dapat menyambut bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu. Antara benda yang paling kita look forward sekali adalah sembahyang tarawih berjemaah di masjid atau surau.

Sejak penularan wabak Covid-19, kemeriahan solat Tarawih di masjid atau surau dah tak dirasai namun tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad memberi jaminan bahawa solat sunat ini akan dilaksanakan, lapor Malaysia Kini.


Whatsapp Image 2021 04 01 At 2.05.09 Pm

SOP nanti akan agak longgar, bergantung kepada keadaan semasa. Kita akan ikut nasihat daripada KKM (Kementerian Kesihatan ) dan buat panduan Tarawih dari situ.”

Bagaimanapun, SOP bagi solat Tarawih di bulan Ramadan nanti masih belum dimuktamadkan namun operasi di masjid setakat ini masih berjalan seperti biasa walaupun negara mencatat kes harian melebihi angka 20,000.

Insya-Allah imarah masjid tahun ini akan berjalan. Kita doa kepada Allah supaya Covid-19 (penularan) tidak serius. Kalau semakin teruk, kita akan ikut nasihat KKM dan bila sudah ada SOP baru, kita akan jaga elok-elok.”

Alhamdulillah, tak sabar nak tunggu masuk bulan Ramadan.

 

Baca: Bazar Ramadan & Raya Di KL Tetap Diteruskan Walaupun PKP

Annuarmusa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.