Bayangkan korang tengah sedap bersantai duduk di kawasan pantai tak pun di kedai makan, tiba-tiba ada orang yang kita tak pernah kenal datang tampar dan baling selipar dekat korang? Geram tak rasanya?
Duduk diam pun kena!
Perkara ni telah terjadi kepada seorang lelaki yang merupakan pengutip kotak dimana dia telah ditampar oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kulai, Johor.
Video berkenaan telah dikongsi dalam laman Facebook oleh Traffic Into Crew yang memaparkan kejadian tersebut menerusi CCTV di stesen minyak berkenaan.
Ditampar lepas kena halau
Lelaki berumur 37 tahun tersebut telah membuat keterangan di balai polis mengenai kehadiran lelaki yang tidak dikenali itu.
Dia memberitahu bahawa lelaki tidak dikenali tersebut cuba untuk menghalaunya namun dia kekal untuk duduk di situ kerana tidak mengganggu laluan keluar masuk stesen minyak itu.
Tanpa belas kasihan, lelaki tersebut bertindak memukul,menampar dan membaling selipar kepada pengutip kotak itu. Polis kini sedang mengesan lelaki tersebut dan akan mengambil tindakan daripada perbuatan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 kanun keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksmum (1) tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Bagi min bertindak menggunakan kekerasan itu sangat tak patut dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Korang rasa macam mana?
Baca: “Pernah kena tampar entiti ghaib” – Rumah Asal ‘The Conjuring’ Dijual Pada Harga RM6.6 Juta