Sejak demam siri Korea Squid Game yang melanda banyak negara sekarang, pelakon-pelakon siri tersebut asyik menjadi tumpuan orang ramai sampai trending di media sosial.
Paling mencuri tumpuan adalah watak Kang Sae Byeok atau pemain bernombor 067, dilakonkan oleh seorang model Korea iaitu Jung Ho Yeon. Jung Ho Yeon berjaya melakonkan wataknya macam dah lama jadi pelakon.
Tapi, jangan tak percaya pula, rupa-rupanya siri Squid Game ini merupakan siri debut bagi Jung Ho Yeon dalam bidang lakonan! Impak lakonan dia yang mantap, nama Jung Ho Yeon disebut-sebut sampai ke hari ini.
Menerusi satu temubual eksklusif dengan Netflix Korea, Jung Ho Yeon memberitahu, pengarah siri itu sendiri menghubungi dirinya untuk memegang watak Sae Byeok. Tetapi, pada waktu itu Jung Ho Yeon berada di New York untuk kerjaya modelnya.
Kemudian, pengarah siri itu, Hwang Dong Hyuk meminta dirinya untuk hantar lakonan melalui video sahaja.
“Saya berada di New York. Jadi, pengarah minta untuk hantar video lakonan sahaja” – Jung Ho Yeon.
Katanya lagi, selepas pengarah Hwang menerima video tersebut, dirinya terus dipilih untuk membawa watak sebagai Sae Byeok kerana intonasi suara, mimik muka dan juga personalitinya yang sesuai untuk watak tersebut.
“Intonasi suara dan mimik muka yang ditunjukkan oleh Ho Yeon sangat bersesuaian dengan watak Sae Byeok” – pengarah Hwang Dong Hyuk.
Wah, ternyata pengarah siri ini memang berani dan tahu potensi pelakon-pelakon yang dipilih. Tak sia-sia min layan Squid Game ni. Hari-hari ada je benda baru untuk discover.