Seperti yang kita ketahui, ‘Firaun’ ialah raja Mesir yang hidup sekitar ribuan tahun lalu. Sebagai seorang Muslim kita pastinya familiar dengan kisah Nabi Musa dan firaun yang ditelan Laut Merah.
Tapi kali ini admin nak berkongsi cerita mengenai seorang firaun yang sangat terkenal dalam kalangan firaun yang lain iaitu firaun Tutankhamen. Berikut perkongsian di Twitter mengenai firaun ini yang sangat terkenal dengan kisah sumpahannya. Wuuu seram!
Tutankhamen hampir tidak diketahui dunia sehinggalah ia ditemui pada tahun 1922
Sejarah tentang firaun Tutankhamen bagi admin ialah satu sejarah yang menarik kerana beliau ialah raja yang agak terkenal dan meninggal pada usia yang sangat muda iaitu 19 tahun.
Menurut posting tersebut, kewujudan Tutankhamen mula diketahui apabila ahli arkeologi, Howard Carter memahat masuk ke dalam makam tu pada 1922.
Cucu kepada tokoh kontroversi dalam sejarah kerajaan Mesir
Tutankhamen ialah anak sumbang mahram ibu bapanya yang merupakan adik beradik?
“Sumpahan firaun” bagi mereka yang mengganggu ketenteraman makam?
Macam cerita dongeng pula tapi menurut perkongsian ini, Tutakhamen telah dikaitkan dengan satu kisah sumpahan terkenal. Hampir kesemua yang turut serta dalam ekspidisi membuka makam firaun tersebut dikatakan mati dalam keadaan mengerikan.
Rasa macam kebetulan kan? Tapi pelik juga bila semuanya mati dalam situasi yang mencurigakan…
11 kematian dalam tempoh 10 tahun lepas buka makam Tutankhamen, adakah ia sumpahan atau…
Tiada siapa yang tahu kebenaran di sebalik kematian-kematian ini. Apa-apapun ia sudah tinggal sejarah dan harapnya kita ambillah kisah Raja Tut ini sebagai pengajaran di masa hadapan.