in

Meninggal Di Usia 87 Tahun, Kenali Jacob Rothschild & Peranan Keluarganya Dalam ‘Pembentukan’ Israel

Collagefeat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam semalam media melaporkan bahawa Ketua Kewangan Yahudi Terkemuka UK, Lord Jacob Rothschild meninggal dunia pada usia 87 tahun.

Kematiannya ini dimaklumkan sendiri oleh ahli keluarga mendiang dalam satu kenyataan mengatakan:


Ayah kami Jacob merupakan individu yang telah memberikan sumbangan yang tinggi dalam masyarakat.

“Mendiang seorang ahli perniagaan yang cemerlang, seorang pencinta seni dan budaya, seorang penjawat awam, seorang dermawan dalam kerja amal, seorang pencinta alam sekitar dan disayangi oleh rakan-rakan, ahli keluarga termasuk bapa dan datuknya.

“Dia akan dikebumikan mengikut adat dalam satu upacara keluarga kecil. Manakala majlis memperingati mendiang akan dilakukan pada kemudian hari.”

Artikel berkaitan: The Great Arab Revolt: Seabad Umat Islam Tanpa Naungan Khalifah, Ini Kisah Kejatuhannya…

Siapa Jacob Rothschild?

Ap361247555554

Dilahirkan di Berkshire, barat London, Rothschild telah menyambung pelajarannya di Kolej Eton dan mempelajari sejarah di Kolej Christ Church, Universiti Oxford.

Selepas meninggalkan bank Rothschild, dia telah mengambil alih Rothschild Investment Trust yang kini dikenali sebagai RIT Capital Partners dan merupakan pengerusi firma tersebut iaitu salah satu amanah pelaburan saham terbesar di Bursa Saham London sehingga 2019.

Selain itu, Rothschild juga merupakan pengasas bersama J Rothschild Assurance Group yang kini dikenali sebagai St James’s Place bersama Mark Weinberg pada 1980 serta berkhidmat sebagai timbalan pengerusi di BSkyB Televisyen.

Di sektor kebudayaan pula, Rothschild merupakan pengerusi lembaga pemegang amanah di Galeri Kebangsaan London dan pengerusi Tabung Warisan Loteri Kebangsaan.

Jacob Rothschild telah berkahwin selama lebih 50 tahun dengan Serena yang telah meninggal dunia pada 2019 lalu dan mendapat seramai empat orang anak iaitu Hannah, Beth, Emily dan Nat serta ramai cucu.

Rothschild dan pembentukan Israel

Screenshot 2024 02 27 At 2.39.25 Pm

Artikel berkaitan: Konflik Israel-Palestin: Ini Semua Korang Perlu Tahu Tentang Konflik Terpanjang Di Dunia

Sebagai keturunan keluarga perbankan Yahudi Rothschild paling berkuasa, moyang Jacob, Walter Rothschild merupakan seorang Zionis dan teman rapat Chaim Weizmann iaitu presiden pertama Israel.

Selepas pencen dari parlimen pada 1910, Walter masih aktif menjadi tokoh Yahudi Inggeris dan telah memegang jawatan sebagai presiden Persekutuan Zionis Inggeris dan juga merupakan penerima Deklarasi Balfour.

Lebih 100 tahun yang lalu, pada 2 November 1917, Setiausaha Luar Britain pada ketika itu, Arthur Balfour telah menulis satu surat yang ditujukan kepada Lionel Walter Rothschild, seorang tokoh masyarakat Yahudi British.

Kalau korang nak tahu, surat tersebut pendek je. Hanya ada 67 patah perkataan tapi isinya mempunyai kesan seismik terhadap Palestin yang dirasai sehingga ke hari ini.

Dalam surat tersebut tertulis bahawa kerajaan British komited untuk menjadikan Palestin sebagai tempat tinggal rasmi bagi orang-orang Yahudi dan akan memastikan matlamat ini berjaya dibuat. Surat ini dikenali sebagai Deklarasi Balfour.

Secara dasarnya, kuasa Eropah menjanjikan pergerakan Zionis ke sebuah negara di mana penduduk tetapnya Arab Palestin telah membentuk lebih dari 90 peratus penduduk di sana.

Satu mandat British kemudiannya dibuat pada tahun 1923 dan berlangsung sehingga 1948. Ketika tempoh ini, British telah membantu Yahudi yang kebanyakan dari mereka ini sedang lari dari ancaman Nazi di Eropah untuk berpindah ke Palestin.

Penduduk Palestin pula mula berasa cemas dengan perubahan demografi mereka dan rampasan British ke atas tanah mereka untuk diserahkan kepada Yahudi.

Peranan moyangnya sebagai orang yang bertanggungjawab membuat Deklarasi Balfour dan sekaligus menjadi peristiwa penting yang memusnahkan rakyat Palestin ini merupakan satu kebanggaan buat Jacob dan menganggap ia sebagai satu keajaiban untuk orang Yahudi.

Itu merupakan peristiwa terbesar dalam kehidupan Yahudi dan ribuan orang Yahudi. Ia merupakan sebuah keajaiban yang memerlukan masa bertahun-tahun.”

Kekayaan keluarga Rothschild

Rothschild Family Net Worth

Pada Disember 2023, Forbes telah menamakan keluarga Rothschild sebagai keluarga terkaya di dunia dengan kekayaan bersih sebanyak US$20 trilion. Bukan itu sahaja, dikatakan juga, Jacob sendiri memiliki kekayaan sebanyak US$5 trilion.

Keluarga Rothschild juga telah memberikan bantuan kewangan kepada Inggeris semasa Perang Napoleon dan Perang Dunia Kedua. Bank-bank mereka juga secara tak langsung mengawal bank-bank besar dan perniagaan farmasi di seluruh dunia.

Sumber: Al-Jazeera, Time

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.